Thursday, March 31, 2011

masalah anak muda

masa lepak dan mengeteh dengan member kerja,kitaorang banyak borak pasal macam mana nak survive hidup kat malaysia ni.orang muda macam gua,mesti menghadapi masalah macam mana nak merancang hidup selesa di malaysia dalam masa 10-20 tahun akan datang.selalu benda yang jadi masalah ialah macam mana nak beli rumah.

realiti dekat malaysia ni rumah mahal nak mampos.kadang-kadang lokasi yang langsung tak ada apa,tapi harga sangat tinggi.gua selalu tengok harga rumah.gua terkejut bila tengok harga di kedah yang terletak dalam kawasan banjir lagi mahal dari harga di penang.rumah buleh kata lebih kurang,tapi harga sangat berbeza.harga yang tak terkawal ni menyebabkan orang muda macam gua ni susah untuk membeli sebijik rumah.rumah murah ada,tapi itu lebih sesuai untuk mereka yang kurang lagi kemampuan daripada golongan macam gua.

semua orang tahu,taraf gaji di malaysia masih ditakuk lama.walaupon taraf hidup,harga barang semua naik,tapi gaji pekerja-pekerja kat malaysia masih sama seperti 5-6 tahun dulu.semalam gua terkejut melihat slip gaji pekerja estet malaysia.gaji bersih yang dia dapat cuma RM400 lebih.nak makan apa satu keluarga dengan gaji banyak tu? paras gaji minimum pon belum dilaksanakan oleh kerajaan.

walaupon gaji yang agak selesa,tetapi orang macam gua ni menanggung hutang dan keperluan hidup yang perlu dibayar.hutang ptptn,hutang kereta,insuran,dan sewa rumah.itu saja sudah 1k lebih untuk sebulan gaji.itu belum lagi benda lain macam minyak kereta.kalo tolak-tolak berapa sangat yang tinggal? macam mana nak beli rumah?

mungkin setengah berpendapat,sapa suruh beli kereta? dalam negara yang sistem pengangkutan awam yang lemah,macam mana kita tak perlukan kereta? cuba lu bayangkan,gua nak naik bus pegi keje.tak buleh.satu takde bus masuk area rumah gua,kedua takde bus yang masuk area tempat kerja gua.jadi macam mana tak kena pakai kereta?

tapi malangnya kereta ni menyebabkan perlu hutang.hutang pulak jangka masa panjang.5-9 tahun sebab masa nak beli mana ada duit buat down payment.harga kereta pulak mahal.dulu gua dengar tahun 2011 harga kereta akan turun.tapi sampai sekarang harga makin mahal.harga kereta import melampau mahal.ini kerana kerajaan nak support kereta tempatan,kerta import dipaksa jual mahal supaya injineer macam gua ni tak drive honda civic tapi drive proton saga pegi kerja.tapi kalo check balik,harga proton yang diimport lagi murah daripada yang dijual disini.

sebenarnya orang muda macam gua ni boleh nak beli rumah.tapi disebabkan duit gaji yang banyak dipotong dengan hutang,kita tak boleh nak beri komitmen.tambahan pula dengan gaji yang masih ditakuk lama yang tak naik-naik.kalo dulu kerajaan sedar dan boleh predict perkara macam ini akan berlaku,sepatutnya sistem pengangkutan awam dititik beratkan.tak perlu ghairah nak bangun industri kereta.ini tak,sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak buat sistem pengangkutan awam.itu pon makin bermasalah sebab banyak tanah dah jadi lebuhraya dan perumahan.

golongan marhein macam gua kat malaysia ni memang susah untuk memiliki sebuah rumah.melainkan kalo gua kawen dengan anak orang kaya,atau gua makan rasuah.tapi selagi gua hidup sama macam sekarang,gua cuma boleh beli satu per satu dulu.kalo tak,orang kedah kata makan nasi dengan kuah saja lah.

Tuesday, March 29, 2011

kenapa budak sekarang tak nak ke sekolah/tadika?

setiap pagi gua selalu dengar kanak-kanak menangis tak mahu ke sekolah/tadika.pagi-pagi tengah gua sedap berak tak pon tengah bersiap nak gi kerja mesti dengar."tak mau pi sekolah huhuhu" "nak dok rumah huhuhu".pelik la gua dengan budak sekarang.bagi gua,sekolah la tempat paling seronok untuk pergi.kenapa?

dekat sekolah boleh main macam-macam.gambar tepuk,main tuju kasut,aci ligan duduk (ini main paling feymes masa sekolah),main tudung tin.

pegi balik sekolah banyak aktiviti sampingan.terjun parit tangkap ikan,makan askerim malaysia,race basikal.

kalo nak dibuat list memang banyak.tapi itu la antara sebab kenapa gua ke sekolah/tadika dulu.15-20 tahun yang lalu,gua pikir rumah gua bosan.yup,rumah gua tak macam budak-budak lain.rumah gua takde video game,takde tape player,takde gameboy,takde kereta control dan tiada mainan yang cool dan up masa tu.benda-benda tu takde sebab bapak gua tak bagi beli.dia lebih suka belikan buku dan lego.sebab bagi dia,benda-benda macam tu sangat memberansangkan otak dan buat gua lebih banyak berfikir.

sebab tu la gua enjoy bila ke sekolah.gua tak suka sakit,sebab tak dapat pegi ke sekolah.masa tu sekolah atau tadika jadi escape route untuk gua berseronok dan ada game lain untuk main.

tapi zaman sekarang dah berubah.rumah sekarang ada astro ceria,playstation,ada laptop,mak bapak plak ada iphone/ipad.rumah dah menjadi semakin cool.game angry birds lagi happening dari main aci ligan duduk.sekolah pulak mungkin masih sama macam 15-20 tahun dulu.sebab tu budak-budak tak seronok nak pegi.even anak sedara gua yang umur 3-4 tahun cakap,nak ke sekolah nak pakai laptop.

sekolah/tadika mungkin kena berubah sikit sekarang.bagi budak-budak seronok balik nak ke sekolah.sekolah patut menjadi tempat yang eksited.tak pon ajar balik game macam aci ligan duduk,atau main ligan tiang dekat budak-budak.cikgu-cikgu sekarang pon banyak lebih kurang sebaya dengan gua je.tak kan tak tau mainan happening masa sekolah dulu.c'mon cikgu-cikgu.

Saturday, March 26, 2011

tuhan itu adil

masa kecil lepas dilahirkan,kita tak boleh berjalan,
bila kita dah tua,kita kembali tak boleh berjalan.hanya baring...

masa kecil kita tiada gigi untuk mengunyah,
bila tua,gigi luruh satu per satu kita kembali tiada gigi untuk mengunyah...

masa kecil makan minum kita disuapkan,
bila tua dan tiada upaya,kembali kita makan dan minum besuap...

begitulah hidup kita di dunia ni.sebenarnya,begitulah bagaimana tuhan mencipta kita dan kehidupan.bagaimana kita bermula,begitu jugalah kita akan berakhir..adil kan?

gua menulis selepas menziarah staff kompeni gua meninggal semalam.al fatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita..

Wednesday, March 23, 2011

sudah-sudah lah...

gua tulis ni bukan sebab menyokong anwar ibrahim atau pakatan rakyat.ingat ya,gua daftar undi pon tidak.gua tulis ni sebab rasa bengong dan keliru hidup dalam negara ni.gua bengong dengan kes-kes anwar ibrahim yang tak habis-habis.

sejak 1998,mula dengan kes liwat,pastu dua-tiga tahun kebelakangan ni kes liwat saiful juburi.minggu ni keluar pulak kes seks dengan pelacur.sebagai rakyat negara ni,gua memang dah mual dan jelak la dengar dan baca benda-benda macam ni.kenapa tak habis-habis orang nak jatuhkan dia? kenapa tak puas hati sangat dengan dia? woit,ramai lagi la geng-geng pembangkang.kenapa tak buat video untuk nik aziz? lim kit siang ke atau karpal singh.kenapa semuanya anwar? cerita mani kat spender la,kes dna yang tak selesai,ni pulak keluar cerita layan pelacur.tak habis-habis.sudah la.kenapa nak buat imej yang begitu buruk kepada anwar? malu la sikit.yang lagi menyedihkan,yang buat ni semua orang melayu.islam pulak tu.

tolong la,kalo nak bersaing dalam politik bersaing la secara betul.video-video seks ni benda lama la.sekarang ni orang dah maju.nak buat jahat pon pikir la dulu.serius gua nak tergelak bila ada setengah blog ada print screen twitter dan fesbuk anwar ibrahim yang sama dengan waktu rakaman video seks tu.woit,bongok la.tak kan tengah buat seks buleh pulak buat status kat fesbuk dan tweeter.gila multitask anwar ibrahim.lagi satu yang gua heran,umur anwar ibrahim tak silap dah 60 lebih.kuat lagi dia buleh nak layan amoi cina...

tolong la semua politician.berenti-berenti la buat benda macam gini.korang ingat rakyat macam gua ni suka ke nak baca dan dengar benda-benda macam begini.politician should speaks for us.bukan cakap benda-benda megepek,yang langsung tak ada faedah kepada masyarakat.nak gaduh pasal politik tunggu pilihanraya.sudah-sudah la.jangan sampai malaysia ni jadi macam negara-negara arab.

Tuesday, March 22, 2011

taman gua kena sumpah ke?

setelah beberapa minggu gua pikir baik buruk dan kelebihan kelemahan.wikend lepas gua tukar line henpon.sebelum ni gua guna celcom.sebabkan setiap bulan bil gua kena charge pakai internet,walaupon gua tak pakai dan line celcom yang selalu takde kat rumah kodiang gua ni.gua tukar.sebelum celcom,gua dah pakai maxis.maxis pon tak buleh pakai mahal.

jadi gua tukar kepada digi pulak.cuma digi gua tak try lagi.jadi tengah berjalan-jalan,gua dengan cik tunang singgah ke digi centre.selepas bincang kitaorang setuju tukar.ntah nafsu apa yang tiba-tiba merasuk badan,bukan setakat line tepon, dengan tepon-tepon kitaorang tukar sekali.yeah,kami pakai iphone sekarang! mula pakai memang sedap.internet laju,memang puas hati.yela,dok kl.memang le laju ye dak?

tapi yang celaka bila gua bawak balik kokdiang.gua memang syak line internet macam 3g,edge atau hdpa tak kan dapat.tapi ni apa cerita line tepon pon takde? geram betol.gua ingat celcom je ada perangai macam ni.sama macam celcom,bila gua korner masuk taman mesti line takde.tapi bila keluar dari taman ada line balik.gua heran la dengan taman gua ni.kena sumpah apa gamaknye?

kalo ikut otak sains gua,rasa-rasanya rumah gua ni terletak dalam blindspot network.tapi tak kan semua line ada blindspot yang sama.lagi satu kalo blindspot pon,gua rasa bukan ada benda yang halang.dahla,malas la gua nak pikir panjang-panjang.