Sunday, February 27, 2011

benda yang tak keluar surat khabar dan tivi

gua bukan nak puji kerajaan pakatan rakyat atau nak tunjuk kehebatan ketua menteri negeri gua.tapi kalo betol apa yang dinyatakan,kenapa media-media utama negara tak keluarkan laporan tersebut.

The PR states of Penang, Selangor, Kedah & Kelantan have beat the other BN states by attracting RM25 billion in investments comprising 53% of Malaysia's total investments of RM47.2 billion in 2010. For the first time in history, Penang is now the new champion of investments in Malaysia, coming out top in 2010.

Penang replaced the previous 2009 champion Sarawak by recording RM 12.2 billion in 2010 as compared to Sarawak RM3.9 billion. Penang was No. 4 in 2009 with RM 2.1 billion but shot up 5 times to No.1. On the other hand Sarawak went down from No.1 in 2009 with RM 8.5 billion to No. 4 with RM3.9 billion in 2010. Penang's success in drawing in RM12.2 billion is an extraordinary vote of confidence by both foreign & local investors in the PR state govt of Penang.

benda-benda macam ni patut diberitahu dan disampaikan kepada rakyat,khususnya makcik pakcik dikampung.walaupon diorang tak kan paham,setidak-tidaknya tahu serba sedikit tentang kerajaan negeri masing-masing.tahu apa yang telah dilakukan kepada duit-duit rakyat.

Penang is going green & leading in green practices such as "No Free Plastic Bag" campaigns & waste treatment through 3R of Reduce, Reuse Recycle. Penang enjoys the cheapest water rates in the country. Penang is also the Silicon Valley of Malaysia & selected as the most livable city in Malaysia on par with KL. We have done more in 3 years what BN fail to do in 51 years.

tapi tentang kebersihan tu belum cukup lagi sekadar kempen "No free plastic bag".ada benda yang lebih besar perlu diberi perhatian.terutama kebersihan sungai di pulau,sungai air itam misalnya.sungai belakang sekolah gua tu sangat kotor dan busuk,sampai nak belajar pon tak selesa.benda-benda macam tu perlu lebih di ambil perhatian.

walau macam mana pon,kalau benar apa yang dicakap oleh lim guan eng tu,gua rasa rakyat penang perlu bangga la sebab ada ketua menteri yang bagus.even bekas adun ameno pon ada yang mengaku lim guan eng ni bagus.

" Penang is a gone case. Lim Guan Eng is simply a good leader. He is a good person. Penang is well managed. Ignore the staged protestations of the street hawkers who have not been paying the rates. Ignore Rizal Merican. The majority support LGE."

dan sekarang baru la kita buleh tau kenapa tak putus-putus geng gerombolan asek nak serang penang dan selangor.gua ulang sekali lagi.gua bukan nak cakap pasal politik atau promote parti.tapi gua cuma nak tunjuk benda-benda yang sepatutnya rakyat tau,tapi tidak disampaikan.

Friday, February 25, 2011

1998-2002 sembahyang jumaat

sembahyang jumaat hari khutbah tak seronok.cerita pasal jiran.gua dengar-dengar gitu je.tak berapa nak ambik port sangat.tengah dengar,otak gua asek terpikir zaman sekolah.keseronokan pergi sembahyang jumaat.

sekolah gua dekat masjid negeri pulau pinang.setiap jumaat,kami beramai-ramai akan jalan kaki ke masjid.selalu dalam jam 1.00 dah gerak pegi masjid.tapi itu bergantung kepada warden yang bertugas.kalo kena yang bertugas abang mus,jam 12.45 jeritan 'alrite,boys....quickly,turun..make sure semua suis kipas tutup'.abang mus cikgu english sebab tu dia panggil campur-campur bahasa inggeris.

masa form 1-3,pergi sembahyang jumaat tak berapa seronok sangat.lagi terseksa adela.pegi mesjid kena pegi pakai baju melayu,dengan sampin.pastu kena bawak buku khutbah dan pen.masa khutbah kena salin isi khutbah sebab tak nak bagi tetidur.ini semua badan tertinggi pelajar(BTP) punya arahan.memang tak boleh tak tulis.sebab balik sembahyang,teros kena hantar untuk di check.nak tiru member pon tak sempat.kalo tak buat,nanti malam lepas isyak kena ketuk ketampi 100 paling kurang.masa mula,sekolah gua saja yang buat salin-salin khutbah.tak lama lepas tu,penang free pon mula buat salin khutbah.

bila naik form 4,dah mula longgar sikit.pegi mesjid pon tak payah salin khutbah.sebab BTP pon cuma tua setahun.tak kan nak suruh ketuk ketampi lagi kalo tak buat.pegi masjid pon jarang pakai baju melayu dan sampin lagi.kecuali kalo abg mus yang on duty,kami pegi masjid pakai kain pelikat.baru nampak senior sikit.pegi pon dah mula lambat-lambat.bukan apa,kalo pegi lambat sikit,buleh ushar-ushar awek sekolah convent green lane tunggu bus depan asrama sekolah gua.steady la,bila sekolah laki ushar sekolah pompuan.dua-dua plak sekolah sejenis.memang galak.tapi apa masalah tak tau la,ushar nak.nak pegi tegor kecut.

naik form 5,jadi senior lagi seronok.pegi masjid pakai tshirt dengan kain saja.balik masuk masjid,masuk dewan makan junior-junior tengok penuh kagum.otai betol senior diorang.masa tu,bukan main bangga kitaorang.yela,pakai macam tu warden pulak tak kata apa.tapi lagi seronok masa form 5,pegi masjid ada misi lain.abes sembahyang tempat yang dituju bukan asrama.tapi stesen minyak dekat dengan mesjid.masa tula,masa pegi beli rokok.walaupon stesen minyak menyimpang jauh dari jalan balik asrama.tapi takde hal.sebab sembahyang jumaat bukan outing.ade had masa.lepas beli rokok,lepak pulak makan cendol sebelah stesen minyak.beli rokok tak pernah kantoi.sebab dulu ade jual kotak 7batang.selit celah lipat kain pon tak perasan.hari jumaat makan dewan makan tak sedap.masak asam pedas ikan dengan kangkung masak air.gua memang tak berapa lalu.

oh ya,sekeliling mesjid negeri penang banyak sekolah yang berasrama.sekolah gua,penang free,teknik batu lanchang,dan teknik tarp.selalu kalo ada majlis apa-apa kat mesjid negeri,semua sekolah dijemput.masa form 5 memang bersemangat nak pegi kalo ada majlis.seronok sebab buleh ushar budak-budak sekolah teknik.masa form 1-3,tak buleh lagi.sebab tak sama umur.

ushar memang berani,tapi nak tegur semua kecut.seronok dulu pegi sembahyang jumaat masa sekolah.walaupon niat nak ke masjid tak berapa nak betol sangat,tapi setidak-tidaknya ada jugak la terasa nak ke mesjid.tapi walaupon gua dah banyak masjid gua sembahyang jumaat.ada satu uniknya sembahyang jumaat di mesjid negeri penang.sebelum azan,ada satu bacaan yang dialunkan oleh bilal.setakat ni, gua tak pernah dengar dialunkan di masjid lain.ada lagi ke tak sekarang gua tak tau.

Tuesday, February 22, 2011

khabar dari kyoto-hokuriku

semalam cik tunang pegi outstation.petang tadi baru balik.katanya ke hokuriku,2 hari 1 malam.ikut colleague buat audit dekat cawangan lain kilang kompeni dia.sebelum pegi cik tunang kata kawasan dia nak pegi tu,kawasan kampung.tapi the best part katanya,kawasan tu terletak tepi laut.laut jepon la kot.gua mana tau.
































ini kilang yang dia pegi kat hokuriku.memang betol terletak di kawasan laut.gua tengok kilang ni nampak macam sunyi je.mungkin disebabkan terletak dikawasan luar bandar.itu yang nampak sunyi je tu.






























gua selalu outstation,selalu pegi kl.setiap kali pegi kl gua selalu tido hotel mahal.cik tunang selalu jeles dengan gua.tapi kali ni,dia dapat tido hotel lagi besar.tengok la tu,duduk sorang tapi katil dua.dah macam apartment pulak gua tengok.















































macam biasa,dia travel naik train.comel pulak gua tengok train macam gitu.tengok la harga tiket tu.kalo convert duit malaysia lebih kurang RM275.itu sehala je.tapi cik tunang cakap travel naik train ni lagi efektif.kalo naik kereta 4 jam lebih.macam drive penang-kl.tapi naik train cuma 3jam lebih.kalo naik ktm,penang-kl 8jam.tak sama kan? kebanyakan gambar on the way dia ke hokuriku tu.gua tengok sekali imbas macam kat dekat kampung pida, kokdiang.bezanya bendang kat kokdiang ni tak ada la kena timpa salji.tapi apa pon,gua harap nanti malaysia buleh jadi macam jepun.kawasan kampung pon ada train masuk.sekarang ni tak.bus pon tak lalu depan kilang gua.













































tiga gambar ni memang buat gua terliur.disebabkan kawasan ni dekat laut,cik tunang cakap sushi memang super duper sedap.sangat fresh.dan sushi yang betol-betol true.nasi lagi sikit dari isi.tengok la unagi dia.puas kalo dapat telan 2-3 ketul.air liur gua dah menitik..celah mana pulak gua nak cari kedai sushi kat kokdiang ni.dem.

khabar dari kyoto-osaka

disebabkan tiada tempat yang menarik untuk bershopping di kyoto,tak macam di tokyo.cik tunang dengan kesungguhan telah pergi ke osaka yang jauhnya lebih kurang 40km lebih dari kyoto. semata-mata untuk shopping.bernafsu sungguh ye kamu.













































macam ni la keadaan dekat osaka katanya.memang banyak shopping complex dan butik-butik yang kalo kat malaysia cuma ada dekat kl.dekat perlis jangan harap.tapi apa yang gua tertarik ialah,walaupon bandar besar,lu orang tengok jalan dia.tak jam,takde sesak-sesak macam kat kl atau penang.bila ada sistem pengangkutan yang super efektif,macam ni la hasil dia.tak la macam kat penang.jalan sempit,kereta banyak.monorel,mrt atau lrt langsung tak ada.

ahad lepas,dia cuba mencari tempat shopping di kyoto.tapi katanya tak ada jugak yang menarik.instead,cik tunang pegi melawat shrine dekat kyoto tu.








walaupon jepun negara maju,diorang tetap menghargai semua warisan macam bangunan dan pakaian.tengok macam mana tempat-tempat warisan dikekalkan.sama seperti dulu.bangunan-bangunan baru dibina jauh dari tempat-tempat warisan,supaya kawasan warisan tidak tenggelam ditengah-tengah bangunan tinggi.mana-mana negara pon sama.tiada bangunan dibina berhampiran dengan tempat warisan.kecuali la malaysia.

signboard dalam gambar no tiga tu ada tulis 'Now,life is living you'....nice to ponder.

Monday, February 21, 2011

surat kepada tv3

















dulu 5-6 tahun lepas gua memang suka tengok berita tv3.terutama sekali buletin utama.sebabnya berita dia tak nampak lemau macam berita rtm.cara penyampaian serta set pon nampak ceria.berita pon sedap,dan paham je bila tengok.takde la nampak macam jenis menyampaikan propaganda kerajaan.siapa tak ingat macam mana karam singh walia boleh jadi pengaruh kepada hidup kita.

selain cerita,penyampaian,serta jenis berita yang ditunjuk menarik,buletin utama jugak ada segmen untuk aduan rakyat.in fact,sekarang jugak ada.memang bagus,yela mana ada syarikat atau pihak-pihak tertentu nak laporan buruk tentang mereka ditunjuk di national tivi.

tapi itu semua dulu.

sekarang,gua menyampah tengok buletin utama.makin hari gua makin tak dapat nak beza antara buletin utama dengan berita rtm.gua ni bukan seorang partisan.gua bukan geng gerombolan ameno,dan bukan jugak geng serban pkr.gua tak baca utusan online atau harakah daily on daily basis.gua cuma baca tukartiub sebab kelakar.gua neutral.tapi bila tengok berita tv3 gua jadi mual.kadang-kadang gua rasa penyampai tu macam baca surat khabar utusan kuat-kuat untuk orang dengar.kenapa teruk sangat? setiap hari sama saja.berita kerjaan buat benda-benda tak faedah.lambung-lambung benda yang menteri-menteri buat.berita bik mama.pastu kutuk-kutuk geng pakatan.wadehel.gua tak buleh la tengok berita macam ni.

tapi paling gua benci dengan berita tv3 terutama buletin utama ialah sekarang ni setiap hari mesti ada berita buruk tentang penang dan selangor.hari-hari mesti ada yang tak puas hati dengan kerajaan negeri penang dan selangor.setiap kali keluar berita macam ni,mesti akan ada wakil dari ameno/mca/mic.kalau kat penang,mesti yang keluar naina merican tu.kalo hari ni keluar masalah kat penang,esok mesti selangor.ade je.macam semalam,kes ape ntah kat flat selangor.dikumpul 6-7 orang,tulis apa-apa atas manila kad.buat tunjuk perasaan.malam ni kes lain pulak.tolong la,gua duduk kedah,tapi gua orang penang.balik penang gua tengok takde pon orang kecoh-kecoh pasal kerajaan negeri.sama je macam bn perintah dulu.yang tak abes-abes nak tunjuk penang dengan selangor ni sangat bermasalah kenapa? kelantan dan kedah takde pon nak masuk setiap hari.negeri lain yang bawah gerombolan ada jugak masalah.tak percaya? tu ha kat arau,jalan raya tak siap-siap lagi since gua datang kokdiang.tak pernah pon masuk buletin utama gua rasa.

sebab tu la gua dah tak tengok sangat buletin utama.kot nak tengok pon,gua tengok berita sukan je.itu pon gua tak puas hati sebab berita bola selalu tunjuk liga mana-mana entah.gua tulis ni iklas,dari hati seorang yang bukan ada kepentingan politik bukan ada masuk mana-mana parti.gua cuma seorang rakyat yang mahukan berita yang adil dan menceritakan benda benar kepada rakyat marhein dekat malaysia ni.