Sunday, January 30, 2011

sempena pilihanraya tenang:demokratik kah malaysia?

bersempena satu pilihanraya kecil hari ini di johor,adakah korang rasa negara malaysia sebuah negara demokratik? yang betul-betul mengamalkan ciri-ciri sebuah negara demokratik.kalo korang kata ya,gua kata tunggu dulu.mari gua kenalkan lu dengan Geert Hofstede.

Geert Hofstede ialah seorang ahli siosologi belanda yang memperkenalkan 'five cultural dimensions'.lima dimensions tersebut ialah power distance (PD),Individualism (IDV), Masculinity (MAS), Uncertainty Avoidence (UAI) dan Long Term Orientation (LTO).lima dimension ini digunakan untuk menganalisa budaya sesebuah negara.

tapi apa yang gua nak cerita ialah tentang power distance (PD).PD ialah satu analisa untuk mengukur pengagihan kuasa (distribution of powers) dan kekayaan di dalam sesebuah negara,bisnes atau budaya.sesetengah orang menganggap PD ini adalah kadar perbezaan antara 'haves' dan 'have nots'

Geert telah membangunkan satu indeks iaitu power distance index (PDI) yang menyenaraikan indeks kadar kedemokratikan sesbuah negara di dunia.negara yang mempunyai indeks yang rendah menerima pengedaran kuasa yang lebih setara atau sama.orang putih kata flat power distribution.kalo orang tua melayu kata 'duduk sama rendah,berdiri sama tinggi'.dan kalo ayat feveret ameno ialah 'berjiwa rakyat'.di negara yang PDI nya rendah,orang bawahan atau marhein diberi peluang untuk mempersoalkan mereka yang berkuasa,malah orang atasan berusaha mendapatkan pandangan dari orang bawahan.bermakna negara yang indeksnya rendah sangat demokratik,rakyat bebas bersuara,serta surat khabar boleh mempersoalkan tindakan pemerintah secara terbuka.

bagi negara yang indeks PD yang tinggi rakyat menerima serta expect pengagihan kuasa yang tidak rata.tidak flat.bermakna terdapat hieraki dalam pengagihan kuasa.berbanding dengan negara PDI yang rendah,suara rakyat di negara yang PDI tinggi,sangat tidak bebas.mempersoalkan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh orang atasan atau pak menteri adalah suatu yang tidak normal.masyarakat pula menerima dengan hati yang rela status mereka sebagai orang bawahan atau orang biasa.

jadi mari kita lihat berapa PDI untuk negara kita,dan di tangga berapa negara kita dikalangan negara dunia.

Power Distance Index
1-2021-4041-6061-8081-100101-120

CountryPDIIDVMASUAILTO

Malaysia104265036
Guatemala95637101
Panama95114486
Philippines9432644419
Mexico81306982
Venezuela81127376
China80206640118
Egypt80385268
Iraq80385268
Kuwait80385268
Lebanon80385268
Libya80385268
Saudi Arabia80385268
United Arab Emirates80385268
Ecuador7886367
Indonesia78144648
Ghana7720465416
India7748564061
Nigeria7720465416
Sierra Leone7720465416
Singapore742048848
Brazil6938497665
France68714386
Hong Kong6825572996
Poland68606493
Colombia67136480
El Salvador66194094
Turkey66374585
Belgium65755494
Ethiopia6427415225
Kenya6427415225
Peru64164287
Tanzania6427415225
Thailand6420346456
Zambia6427415225
Chile63232886
Portugal632731104
Uruguay613638100
Greece603557112
South Korea6018398575
Iran58414359
Taiwan5817456987
Czech Republic57585774
Spain57514286
Pakistan55145070
Japan5446959280
Italy50767075
Argentina49465686
South Africa49656349
Hungary46558882
Jamaica45396813
United States4091624629
Netherlands3880145344
Australia3690615131
Costa Rica35152186
Germany3567666531
United Kingdom3589663525
Switzerland34687058
Finland33632659
Norway316985020
Sweden317152933
Ireland28706835
New Zealand2279584930
Denmark18741623
Israel13544781
Austria11557970
sumber dari sini
janganlah terkejut tengok malaysia champion dalam PDI ni.kalo korang paham dari mula,dah buleh agak dah berapa indeks malaysia.gua tak pernah pegi negara lain,jadi gua tak buleh compare.tapi gua kenal sangat negara kita ni.cuba lihat keadaan negara kita.yang berpangkat datuk,tan sri berlambak.dalam satu-satu majlis mereka sangat diraikan.dengan kompang,bunga rampai apa bala semua.lepas tu,kalo naik kereta escort polis berapa ramai? rakyat biasa kena beri laluan kepada mereka.

cakap datuk-datuk,pak-pak menteri wajib dipatuh.rakyat langsung tak boleh persoal dan bantah.cuba tengok media-media di malaysia.mana ada dalam buletin utama kutuk tindakan pak menteri.mana ada dalam utusan melayau persoal lawatan bik mama.kalo ada media yang bantah nescaya kena tangkap.syarikat penerbitan kena tutup.

jadi,tengok macam mana negara lain.sezalim-zalim israel,tapi diorang lebih demokratik kepada rakyat mereka berbanding malaysia. gua harap,semua rakyat malaysia sedar dengan situasi ini,dan berusaha untuk mencapai jurang yang lebih kecil antara yang berkuasa dan tidak berkuasa.

Wednesday, January 26, 2011

khabar dari tokyo

dulu masa kecik kalo tengok ultraman ace,kalo time lawan raksasa mesti ada scene lawan dekat menara tokyo.kaler merah putih.minggu lepas gua tanye cik tunang,'yu dok tokyo,tak nampak ke menara macam dalam ultraman'.dia cakap tak nampak.tapi wikend lepas dia pegi naik menara tu.



















katanya boring naik menara ni.lebih kurang macam
naik menara alor setar.

































hari ini dia pegi ke showroom toyota.tempat intelligent technology untuk toyota.tapi ada satu benda yang gua jeles bila tengok.












































































ok,gua jeles dengan gambar last ni.stylo betol gua tengok benda tu.tak silap ini macam kerusi professor X dalam X-men.buleh gerak-gerak.20 tahun lagi silap-silap kereta kat jalan semua style macam tu.satu seat je.tapi celah mana nak letak airbag ye dak? tapi gua terpikir ntah bila la malaysia nak buat benda-benda macam gini?

Monday, January 24, 2011

utusan melayau

salah satu penyebab yang buat gua menyampah dengan surat khabar orang melayu ialah suka tulis benda-benda bodoh.ni gua tempek cerita dalam utusan melayau hari ini.

Tian Chua mulakan ucapan Assalamualaikum

LABIS 23 Jan. - Pas terus memberi laluan kepada pentas-pentas ceramahnya untuk membenarkan rakan sekutunya yang bukan Islam mempersenda amalan umat Islam termasuk membaca ayat al-Quran secara salah dalam bahasa Arab dan melafazkan salam 'Assalamualaikum' dalam ucapan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan usaha Pas untuk menunjukkan kepada umum kononnya sekutu politiknya yang bukan Islam kini lebih mendalami Islam.

Terbaru, di atas pentas ceramah kempen Pas di Taman Gunung Emas di sini malam tadi, Pas seolah-olah tidak kisah dan membiarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memberi salam 'Assalamualaikum' ketika berceramah.

Ketika itu tiada seorang pun barisan pimpinan Pas yang berada di atas dan bawah pentas termasuk Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang bertindak menegur perbuatan Tian Chua itu.

Sebaliknya, pemimpin PKR itu sekali lagi dibiarkan mengucapkan 'Assalamualaikum' ketika mengakhiri ucapannya.

Walaupun perkataan Assalamualaikum itu bermaksud 'sejahtera ke atas kamu' tetapi ia adalah amalan orang Islam untuk memohon kepada Allah supaya melimpahkan sejahtera kepada umat Islam lain yang diucapkan salam itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen pilihan kecil Bukit Gantang namun bacaannya dalam bahasa Arab ternyata tersasar jauh daripada bacaan yang sebenarnya.

Seorang lagi wakil rakyat DAP, Wong Kar Woh juga pernah menyelitkan bacaan ayat al-Quran ketika membahas pembentangan Bajet 2009 negeri Perak.

Ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perbuatan Tian Chua itu jelas bermotifkan politik tanpa memikirkan perasaan penganut agama Islam.

"Orang Islam terutama daripada parti pembangkang harus peka dengan perkara-perkara yang berkaitan Islam.

"Jangan gunakan Assalamualaikum untuk tujuan politik, tarik sokongan atau semata-mata untuk meraih undi orang Melayu, ini perbuatan tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas majlis Pertandingan Nasyid dan Penyampaian Bantuan Khas Kepada Sekolah-sekolah Agama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Agama Pekan Ayer Panas di sini hari ini.

Zainal Abidin percaya, Tian Chua hanya menggunakan ucapan salam itu ketika berkempen dan bukan pada hari-hari biasa.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan petugas-petugas Pas yang tidak berani membuat teguran dan seolah-olah 'merelakan' Tian Chua mengucapkan demikian.

wadehel.lu orang baca la betapa bongok nya wartawan utusan ni.punya nak cerita benda tak elok,sampai sanggup tulis benda bodoh macam gini.takde akal ke? gua bukan geng serban atau utaz,tapi gua tau la jugak sikit tentang agama.

yang gua belajar,orang bukan islam tiada masalah dan tidak bersalah untuk ucap 'assalamualaikum'.orang islam pon wajib jawab.tapi hanya cukup menjawab dengan 'waalaikum'.lagi pon 'assalamualaikum' tu cuma tiga perkataan bahasa arab biasa,yang bermaksud 'salam ke atas kamu'.bukan ada kena mengena dengan akidah.

dalam quran pon ada tulis

When you are greeted with a greeting, greet in return with what is better than it, or (at least) return it equally. Certainly, Allah is Ever a Careful Account Taker of all things. (An-Nisa 4:86)

gua bukan butthurt pon dengan apa yang ditulis.tapi bagi gua, utusan melayau ni sangat tidak bertanggungjawab.kebanyakan orang kampung pembaca tegar utusan melayau.termasuk mak bapak gua.diorang takde internat.surat khabar saje sumber pengetahuan diorang.cuba bayangkan bila diorang baca,mereka percaya orang bukan islam tak buleh memberi salam? bukan ke dah menyimpang dari apa yang tuhan ajar? sape nak bertanggungjawab?
wartawan utusan melayau ni terlalu taksub nak sensasikan sesuatu perkara,tanpa memikir,tanpa selidik.dah nama pon orang melayu.memang suka benda sensasi,tapi tak suka nak berpikir.

Sunday, January 23, 2011

hati

dah lama gua teringat tentang video ni.malam ni baru terasa nak donlod dan letak kat sini.



gua suka tema video ni sebab,ia menceritakan tentang betapa pentingnya hati dan niat bila buat satu-satu kerja.dalam hidup ni,apa-apa benda pon kalo kita nak buat mesti datang dari hati.bila kita buat dengan hati yang ikhlas, mesti benda yang kita buat tu akan menggembirakan serta memuaskan hati orang lain.dan kadang-kadang boleh membuat sesuatu yang diluar jangkaan.

tapi kalo kita buat kerja tanpa hati,buat sesuatu sebab terpaksa,sebab kesiankan orang,percayalah ia tak akan berhasil.tak ada keikhlasan.hasilnya akan mengecewakan,lagi teruk boleh buat orang marah kepada kita.orang lain boleh rasa kelainan bila kita buat kerja sama ada dengan hati atau terpaksa.

gua rasa tak payah tengok contoh jauh-jauh.tengok kat rumah sudah.mak kita kalo masak goreng telor mata pon sedap.sebab bila mereka masak,hati mereka sangat ikhlas dan penuh kasih sayang.jadi buat lah sesuatu kerja dengan hati yang ikhlas,jangan sebab terpaksa.

'without heart you cannot play' king eric

Saturday, January 22, 2011

bila kita stress
















malam tadi sebelum tido gua layan video pasal lepat yang teraniaya 13 tahun sebab orang politik malaysia.tak kenal lepat? brader penang yang ada kes anak kena bawak lari oleh bekas isteri omputeh tu.nak tengok video tu,ketik kat sini.

satu benda yang gua tertarik pasal dalam video ni,bila lepat cerita macam mana dia stress sampai terpaksa kena belah perot,buang pankreas.memang dahsyat tekanan pada diri dia.gua tertarik dengan benda stress ni.stress ni memang benda normal pada setiap manusia.stress tempat kerja,stress belajar,stress pasal duit dan macam-macam lagi la benda yang buleh buat kita stress.stress ini sebenarnya sangat bahaya,kerana boleh efek kesihatan diri.dalaman pulak tu.jadi macam mana kita patut nak deal dengan stress ni?




















tolong jangan buat benda yang kurang sihat.ini gua percaya ramai yang buat.hisap rokok,ambik ubat tido,minum arak,atau tido yang panjang.walaupon benda ni buleh bagi kelegaan,tapi ia cuma jangka pendek.bila jangka pendek,kita perlukan setiap masa.sebab stress tetap datang setiap kali kesan dari benda semua tu hilang.bila tido,kita bangun akan tetap terpikir lagi pasal stress tu.lagi satu tolong jangan marah-marah,dengan rosak kan barang,atau marahkan orang lain.sebab ini akan menambah lagi stress kita.bukan tu saja,orang pon akan membenci kat kita.

tapi paling penting tolong jangan turn off diri tu dari kawan,femly,atau siapa-siapa yang rapat dengan kita.ramai yang pikir,bila kita stress kita tak perlukan orang sekeliling kita.they never help.tapi sebenarnya,masa stress macam ni la manusia yang rapat dengan kita diperlukan.bila mereka ada,kita boleh bercakap,keluarkan semua benda yang kusut dalam kepala kita,diorang buleh tadah telinga dengar kita maki hamun dengan siapa atau benda yang kita stress.bial semua benda dah keluar baru kita buleh lega.tapi tolong jangan lepaskan stress tersebut dengan marah kepada orang yang kita luahkan masalah.kadang-kadang,orang lain terpakasa ambil masa untuk paham diri kita.they will think about us.jangan pikir diorang tak paham dengan kita.sekali kita marah,percaya la diorang tak akan dengar lagi kita punya stress.

stress ni boleh dilawan dengan rileks sebenarnya.contoh pegi berendam air panas ke,jalan-jalan ke,cakap dengan orang tersayang ke,pegi urut ke (gua tak cakap urut batin),berkebun ke atau bersukan.tak pon cari jurnal,atau buku tulis.sebab tu kalo kita tengok,ramai tulis status dekat fesbuk atau tweeter.tapi bagi gua kalo stress gua suka rembat bola laju-laju masa futsal.gua anggap bola tu kepala orang ke,masalah ke.jadi gua akan rembat kat jaring sampai gua rasa puas.

tapi kita orang islam ni,tak ada yang terbaik selain bercakap dengan tuhan.ambik wuduk,bukak sejadah,sembahyang sunat 2,4, atau 6 rakaat,pastu baca quran sampai tenang.itu je cara terbaik untuk kita.sebab siapa lagi yang kita boleh percaya boleh tolong kita? tuhan saja...

aaahhh,lega.gua tulis ni pon sebab gua tengah stress....gua stress bila lapar...