Sunday, October 31, 2010

bola melayu dan bola omputeh

musim bola kali ni gua agak tak serius.ada beberapa game man utd yang gua tertinggal dan tak tengok.tak tau kenapa.mungkin gua terlalu sibuk dengan cari makan dan cari duit.tapi sebab lama tak tulis pasal bola,hari ini gua nak tulis pasal bola.

semalam gua tengok bola,satu game bola melayu satu game man utd.bola melayu game final antara negeri sembilan dan kelantan.macam biasa,orang malaysia bila masuk semi baru nak layan tengok bola.masa peringkat kumpulan haram kot nak tengok.live kat dua channel astro pon takde rasa nak tengok.takde standard setangah orang kata bila layan bola malaysia.tapi memang betul pon.game man utd plak lawan spurs.

gua bukan nak cerita pasal kedua-dua game,tapi nak bercerita tentang budaya menonton bola sepak omputih dengan orang malaysia.sebenarnya kedua-dua game malam tadi mempunyai persamaan.dalam game piala malaysia,negeri sembilan dapat penalti.keputusan pengadil memang tepat,tapi biasa la mana ada orang nak puas hati.game man utd pulak,gol kontroversi terjadi bila keeper spurs yang silap sangka,dan main tak ikut wisel dan cakap ref.goal kick diingatnya freekick.

penonton kelantan dengan spurs memang panas dan tak puas hati.kita buleh tengok kat tv,trek balapan kat stadium bukit jalil dah jadi macam tempat pelupusan sampah.penuh dengan plastic,botol air dan macam-macam lagi.tapi bila tengok kat old trafford sekeping plastik pon takde.kenapa omputih buleh tengok bola macam gitu? tapi dekat malaysia tak buleh.omputih mungkin melepaskan kemarahan dengan mencarut dan chant atau boo dekat ref atau pasukan lawan.tapi dekat malaysia pon sama.maki hamun memang banyak.

atas pengalaman gua sendiri pon,gua pernah tengok bila orang tingkat atas kat bukit jalil baling barang atau mercun,kadang-kadang tak sampai ke trek tapi jatuh ke penyokong tingkat bawah.bahaya sebenarnya.tambah yang baling mercun.bola sepak malaysia ni taklah segah mana,stadium pon penuh bila ada final je.tapi kenapa persatuan bola tak buleh nak tackle benda-benda macam ni? setiap tahun jadi.yang berpangkat dalam persatuan pon datang stadium.tak kan tak rasa apa-apa bila tengok?

bagi gua,huduh benar perangai cam gitu.game takda la best mana sangat.tapi janganlah tambah lagi keburukan imej bola sepak negara.kata 'bola sepak kita,wajah kita".takkan wajah kita wajah sampah?

Thursday, October 28, 2010

apa yang gua dapat di internet (2)

tengah gua godek-godek internet cari tentang benda-benda kursus gua terjumpa ni...



gua sekarang dah boring dengan fesbuk..internet gua cuma outlook dengan blog je..productive kan gua?

Wednesday, October 27, 2010

hasil kursus

gua baru balik dari kursus.kursus yang sangat bagus.pengajar memang top class.sorang daripada pengajar ialah bekas director satu glc yang besar.very big and feymes glc.semua benda yang diajar memang sangat berguna.ilmu nak jadi bos terutamanya.

tentang pengajar ni,dia memang seorang yang berpengalaman.bukan setakat bekas director sebuah glc,tetapi dia jugak ada kompeni saham sendiri.mengikut ceritanya,kompeni dia la yang paling kecik dalam scene saham malaysia.gua tak tau la betul atau dak sebab modal dia pon puluh-puluh juta.

satu malam gua dapat lepak satu table dengan dia masa dinner.disebabkan pengetahuan tentang ekonomi dan kewangan dalam malaysia semua ada dalam kepala dia,gua banyak borak tentang malaysia.macam-macam cerita keluar.tentang menara warisan yang tak sepatutnya dibuat,felda bangkrap ke tak,cerita pasal macam mana orang kaya-kaya malaysia buleh kaya dan macam-macam lagi.

pum-pang-pum-pang kitaorang borak sampai ke satu cerita yang gua tak berapa nak terkejut.cerita tentang macam mana politician di malaysia yang selalu mendapat duit ketika sesuatu projek.setengah tu semasa stage berbincang dah dapat berbilion.gua tak tipu.dia bercerita atas pengalaman didalam kompeni glc tu sendiri.

dan bila gua dengar tu rasa takut.kalo macam ni perangai politician,why we choose them in first place? kita yang ada memegang hak untuk angkat diorang.kita memang tak tau tentang perangai diorang.tapi,bila dengar macam tu terpikir gua tentang scene belakang politician kita.kenapa tak ada orang stopkan scene ini? yang superior diorang takkan tak tau.

ini nak pilihanraya dua tempat ni.kita buleh tengok banyak projek yang akan ada.muncul tiba-tiba.berapa banyak politicians yang akan tebal poket.

Saturday, October 23, 2010

otak tengah fokus berkursus

gua tengah kursus kat penang.seronok nak mampos.
kursus panjang lima hari..
dekat hotel tepi pantai..
langsung tak stress..

bilik kursus tepi pantai dan pool..
abes satu sesi,lepak tepi pool..
nampak omputeh berjemur..
nampak bikini..

bapak best kursus cam gini...

Thursday, October 21, 2010

UMNOYING

gua tau la tengah perhimpunan agung sekarang,tapi ape hal semua tv nak tunjuk pasal UMNO? berita utama semua tv,sampai separuh masa tunjuk pasal perhimpunan agung..wtf? ingat semua orang support UMNO ke.tolong la.penat la gua tengok.

gua bukan ahli pembangkang.tapi gua tak suka la tengok.tambah-tambah bila tunjuk yang berucap menjerit-jerit konon bersemangat melayu.ultra melayu konon.tapi bila dengar ucapan,takde isi.macam kangkung.luar nampak tuff,nampak keras.tapi kat dalam kosong takda apa.

tapi apa yang gua pelik,lu bising-bising konon nak angkat melayu,bahasa melayu,apa segala melayu.tapi dekat UMNO tu sendiri dah fail.kenapa masih guna singkatan UMNO? singkatan UMNO tu dari bahasa inggeris.United Malays National Organisation.tapi kalo ikut bahasa melayu nya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatan dia (PKMB).kenapa tak tukar? kata nak angkat sangat martabat melayu.bahasa melayu.

memang nampak remeh.tapi dari nama dah tunjuk imej kita.kata "bahasa jiwa bangsa".jiwa kita ni orang puteh ke?

lagi satu tolong la.berita TV jangan la tunjuk klip perwakilan yang berucap menjerit-jerit nampak semangat.tipu jela tu.bila ramai,memang la nak tunjuk hero.ntah-ntah nak pancing undi,tak pon nak kipas bagi buleh pencalonan.

"bila kawan ramai keliling kita,
cakap besar tunjuk belang,
tapi bila sorang-sorang,
pengecut pemalu macam
semua orang"~butterfingers