Friday, December 16, 2011

hidup tengah indah

hidup gua tengah indah sekarang.tak tau macam mana nak cerita.dari satu alam,berubah ke satu alam lain yang baru.seronok.kalo gua tau hidup berkahwin seronok macam gini,dari umur 5 tahun lagi gua dah mula simpan duit buat bajet kahwin.

bulan lepas,gua berjaya kahwin pada usia agak muda.yeah,dari dulu gua rasa umur paling ideal untuk gua kawen ialah 27-28.tapi tak sangka pulok gua berjaya kahwin pada umur nak hampir 26 tahun.rezeki dari tuhan dan kesabaran gua menyimpan,akhirnya kantung duit untuk kawen cukup.

syukur kepada tuhan,segalanya berjalan lancar.gua dengan sekali lafaz,dan jadi suami seseorang.setelah berkenalan sejak 2004,mulanya sebagai kawan sms saja,tujuh tahun kemudian kitaorang kawen.

majlis kahwin memang sangat meriah di kedua-dua belah pihak.sampai hari ni,gua seronok tengok gambar kahwin.majlis kawen pulak,memang seperti apa yang gua nak.di rembau,gua nak majlis kampung,yang ada rewang,ada gotong royong,lauk kampung (perot gua masih lagi terasa lauk kerbau).memang penat,tapi sangat berbaloi.apa? lu ingat pengantin tak kena buat kerja ke? dekat kepala batas pulak,majlis yang sederhana (belah lelaki) tetapi yang penting orang suka dengan makanan yang disediakan.walaupon,gua agak risau buat kenduri di musim hujan tapi syukur cuaca yang sangat baik semasa kenduri di dua-dua tempat.

gua nk up sikit gambar sekitar majlis


Saturday, December 10, 2011

Happy birthday!!

My dear husband syg,

Hahaha 1st entry ni.
Happy birthday!! 6thn sambut besday as makwe, setahun as tunang n sekarang as isteri..harap it will continue i'allah sampai kt tue till death do us part..may all ur wishes come true!! mmm xtau nk tulis ape haha..
I heart u!! I love u!! あいしてる!! Haha

http://www.youtube.com/watch?v=9CkKuA86Mis&feature=youtube_gdata_player

With love,
Aini

Sunday, December 4, 2011

alhamdullilah


dengan sekali lafaz,gua dah jadi hasben orang.genap dua minggu dah.
nantilah gua cerita laen...

Sunday, November 13, 2011

kahwin campur

bila menjemput kenduri,ramai yang tanya kawen dengan orang negeri sembilan kena ikut adat apa semua ke.gua hairan,apa salahnya kawen dengan orang negeri sembilan? dari mana datangnya persepsi macam gitu? ada pulak yang kata takut nak kawen dengan orang negeri sembilan.

apa lu ingat kawen dengan negeri laen takde ikut adat ke? in fact,perkahwinan melayu ni gua rasa 70% adalah mengikut adat.kawen la kat mana-mana pon.semua penuh adat belaka.

jadi kenapa gua nak kawen dengan orang negeri sembilan?

kalo lu orang nak tau,kahwin berlainan negeri memang bagus.pertama-tama nya sudah semestinya la lu orang boleh tengok dan rasa sendiri budaya negeri lain.sebagai contoh,lu orang bangsar,kl kawen dengan orang kodiang,kedah.baru la boleh tengok orang pegi bendang,mengail kat tali air atau pakatan semasa kenduri.ini takde la lu orang buat fitnah atau mengata macam-macam tentang negeri lain.

tapi yang paling berkesan ialah tentang bila kawen berlainan negeri lu orang boleh tengok evolusi di atas meja makan.ini berdasarkan pengalaman femly gua sendiri.mak gua orang teluk buloh perak,bapak gua pulak orang pj,selangor.bila kawen dorang pindah dan end up di penang sampai sekarang.jadi mak gua boleh masak masakan perak,selangor dan penang.yang dia masak pulak menjadi sangat maveles.yang seronok,of cos la perot anak-anak diorang macam gua ni.sebab tu anak-anak banyak yang gemok.

tak tau la orang lain pikir macam mana.tapi itulah yang gua nampak dan alami sepanjang hidup.bila kawen dengan bukan orang setempat,macam-macam kesan jangka panjang boleh berlaku dan dilihat.dan yang paling terasa kesan ialah anak-anak tu nanti.

dan point tentang makanan itu sangat betul dan serius.tak sabar nanti meja makan gua ada sentuhan dari negeri sembilan pulak.

Wednesday, November 9, 2011

raya aji


sebelum masuk alam bekerja,raya aji langsung tak in dalam hidup gua.sama je macam hari-hari lain.cuma beza ada semayang raya dan takbir.nak kata raya qorban,dari belum sunat sampai masuk u,langsung gua tak pernah ambik port.tengok orang sembelih lembu pon tak pernah.

masa kat u,pernah raya aji gua tak balik.langsung tak rasa apa-apa.pernah sekali tu,abes je semayang raya,tukar baju teros gi lepak ou.tengok wayang.dapat daging sekati pon tak pernah.

tapi bila dah bekerja dengan kompeni yang ada hubungan dengan orang kampung dan petani.raya aji menjadi perayaan yang meriah buat gua.masuk tahun ni,dah kali ke empat gua menyertai upacara korban lembu dekat opis.lembu disembelih dan diagih dagingnya di opis juga.sebenarnya dari upacara korban dan pemberian daging, kita lebih senang belajar tentang apa sebenarnya perkongsian hasil atau rezeki yang diberi oleh tuhan.

jadi kepada yang rasa raya aji tu cuma untuk orang yang pegi mekah,pegi-pegi la sertai majlis korban.dari situ baru kita lebih mengerti apa sebenarnya erti berkorban.