Thursday, March 10, 2011

1998-2002 sehari sebelum cuti sekolah

memandangkan esok cuti sekolah dah mula kat kedah ni.gua teringat masa zaman sekolah.especiali masa duduk asrama.

kalo esok hari jumaat,last day sebelum cuti sekolah.lepas prep gua dengan member teros naik katil,tarik selimut dan tidur laju-laju.tak ada sessi lepak-lepak makan biskut cecah milo dewan makan atau lepak bawah kipas makan nasik bungkus yang ko-op jual.alasan tidur awal supaya,masa berlalu rasa lebih cepat.yela,pejam mata bangun-bangun dah pagi jumaat.eksited gila nak balik kampung.

tapi malam last jugak buleh bertukar jadi malam celaka.malam last jugak la,malam budak-budak senior nak sepak terajang junior.tambah-tambah cuti hujung tahun.yang brader nak ambik spm, time tu jela nak pukul terajang.pasni tak jumpa dah junior.malam-malam pukul tak ingat,walhal lepas isyak tadi bersalam mintak maaf bukan main sampai nangis-nangis.gua cerita betol ni,sebab gua pernah kena,dan pernah jugak buat...

Monday, March 7, 2011

tikam belakang

minggu lepas gua kursus sepanjang minggu.pada hari last,gua dengan member-member lain buat satu meeting dengan bos besar sektor kitaorang.tujuannya bukan apa,saja nak mintak pendapat,kongsi masalah,serta mintak up gaji.agak panjang meeting tu.dari kol 5 sampai malam.macam-macam yang didiskas.

tapi,di pertengahan meeting tu bos besar ada tegur gua.tengah dia cakap panjang lebar,tetibe dia pandang gua sambil cakap "haa,lu macam mana? dengar cerita lu tak reti buat kerja lah,apa lah" kata dia.gua terdengar,sambil senyum nipis.gua diamkan saja.gua tau dia cakap bukan seriyes,dan dia langsung tak percaya cakap-cakap orang macam gitu.kalo dia percaya cakap orang-orang,he is not fit to lead sector besar macam ni.tapi gua terkejut.

masuk kali ni dah 3-4 kali nama gua kena jadi sebutan.dulu kes gua sombong,pastu kes gua cakap lepas,kali ni pulak gua kena tuduh tak buat kerja.gua tak ambik port pon.tapi gua tau kerja siapa ni.gua takde hal la,kalo nak kata gua tak buat kerja atau tak pandai buat kerja.tapi tolong check rekod gua dulu sebelum tuduh apa-apa.nak kritik ke apa ke,gua boleh dengar.gua terima kritikan.tapi jangan la tikam belakang gua,cakap bukan-bukan.benda tak betol pulak tu.

benda-benda politik macam ni normal la.kat mana-mana tempat kerja pon sama jugak.tambah kalo syarikat melayu macam gua kerja ni.kepada yang suka tikam belakang member sekerja bawak-bawak la insaf.tak baik.buang masa je.just take care of your own ass.ini kerja sendiri tak tentu hala,nak sebok-sebok kerja orang lain.

Friday, March 4, 2011

Happy Birthday My Love

you light the skies up above me,

a star so bright you shine on me,

happy birthday love,

on this day,i'll pray for the best

and for your wish to come true,

for you,for us till the rest.

happy birthday cik tunang..

Thursday, March 3, 2011

khabar dari kyoto-minggu terakhir

minggu ini adalah minggu terakhir untuk cik tunang berada di jepun.sabtu ni dia balik.gua dah tak sabar.rezeki siapa gua tak tau.kebetulan,minggu ni jugak gua ada kursus kat kl sampai esok.jadi gua boleh stay kat kl lepas kursus.hari sabtu boleh teros jumpa lepas dia touchdown.yippa! gua eksited gila. wikend lepas,dia pon membuat final shopping sambil menikmati japanese food di osaka.






salah satu benda yang cik tunang beli ialah takoyaki.gua memang suka benar dengan benda ni.katanya osaka la tempat asal takoyaki.kepada yang tak tau,takoyaki yang gua selalu makan cuma ade dekat jusco midvalley.memang sedap.lebih kurang macam begedil je benda tu.

pejam celik,dah dua bulan sejak cik tunang ke jepun.dah nak balik dah.pertama kali gua rasa masa lambat benor berjalan.habis,siapa selalu kata masa sekarang jalan cepat huh?

Wednesday, March 2, 2011

budak melayu kota

gua baru balik dari uptown danau kota.saja jalan-jalan dengan member kerja gua.first time gua pegi malam ni.gua tak berapa suka uptown-uptown ni.sebab gua tengok uptown mana-mana contoh macam shah alam,alor setar dan tempat lain sama saja.benda-benda yang jual pon sama.

tapi gua terkejut tengok budak-budak melayu dekat uptown tadi.fesyen dah la macam apa lagi.pelik-pelik gua tengok.

paling terkejut ramai yang bertindik.tindik hidung macam lembu,tindik kening,under lips.laki pompuan sama.ada pulak jenis tindik telinga pakai subang jenis ring.bajet macam brandon boyd,incubus.no,korang tak cool macam brandon.

tapi ada dua tiga orang yang bertatu.yes,malay wif tatu.ada yang sampai dua tiga.gua tak tau la,mungkin dia bukan islam.atau mungkin orang sabah sarawak.tapi bila gua rapat,curi dengar bunyi cakap.sah cakap macam gua.melayu lancar.

apa nak jadi dengan budak melayu sekarang ni?