Monday, February 7, 2011

love your jobs

minggu lepas ada seorang staff gua bersara.sebagai bos,gua pon organize satu majlis ringkas sempena persaraan beliau.seperti dirancang,majlis berjalan lancar.gua turut berucap masa majlis.terasa sebak ada jugak bila berucap dalam majlis-majlis macam gini.

yang pencen,seorang yang dah khidmat sungguh lama.sejak kilang gua ni bukak kalo gua tak silap.tapi yang gua percaya dia dah bekerja selama 20 tahun lebih.tapi,kalo nak diikutkan memang semua staff kat kilang gua macam tu.semua dah bekerja lebih dari 15 tahun.umur masing-masing semua 40 tahun ke atas.gua paling muda.yang ada muda pon tak silap gua umur lewat 30 an.awek langsung la.tak ade sorang pon.gua ni kalo diikutkan generasi kedua selepas kompeni diswastakan.sebelum ni kompeni gua kepunyaan gomen.

staff kilang gua kebanyakan bermula dari bawah.ada yang bermula dari pekerja bergaji hari.ada yang sudah bekerja belasan tahun baru dapat jawatan tetap.tapi diorang tetap setia bekerja sampai hari ini.gua ada terpikir mengenai perkara ni sebaik tamat majlis.setelah gua pikir dan analisa segala kemungkinan,didapati terdapat beberapa perkara yang membuatkan staff gua kekal bekerja sehingga puluhan tahun.tapi salah satu daripada perkara tersebut ialah rawatan kesihatan yang diberikan.

kompeni gua memberikan rawatan kesihatan percuma kepada pekerja serta keluarga termasuk ibu bapa.peruntukan bernilai puluhan ribu ringgit disediakan bagi setiap pekerja setiap tahun.sebab itu,kebanyakan pekerja atau keluarga yang sakit dapat menerima rawatan dari salah satu hospital terkemuka di kedah ni.kalo ke hospital tersebut boleh dikatakan pekerja kompeni gua mesti ada.

jadi bagi gua,benda inilah penyebab paling kuat semua pekerja dikompeni gua bertahan begitu lama.gua tak ada anak mungkin tidak terasa sangat.tapi sesetengah tu,yang ada anak dibedah kerana appendiks,dibedah kerana tonsil semua secara percuma.semuanya kerana ditanggung oleh majikan.sebab tu gua dah berazam,kalo nak cari atau tukar kerja baru.cari kompeni yang besar,yang bagi kemudahan macam kompeni gua sekarang.

tapi apa-apa pon gua tertarik dengan satu quotes yang gua jumpa kat mana tak ingat.

'love your jobs,not your company.because you never know when your company not love you anymore'

Sunday, February 6, 2011

never forget

kepada yang menyokong man utd.yang konon true fans tapi jersey pon beli siam grade A punya.yang nama kat fesbuk pon ade rooney atau vidic.yang selalu butthurt atau emo bila fans team laen bakar.
tapi bila ditanya apa kena mengena 6 february dengan man utd? jawab tak tahu.baik pegi sokong felda united.

'Oh, England's finest football team its record truly great,
its proud successes mocked by a cruel turn of fate.
Seven men will never play again, who met destruction there,
the flowers of English football, the flowers of Manchester
'


juga kepada salah seorang fergie fledglings.thank you.













here are some of his best words.

“I have had 20 years of people slagging me off, then I retire and people start to praise me,”
" I can’t stand Liverpool, I can’t stand Liverpool people, I can’t stand anything to do with them."
"You are caught up in the moment and for a few seconds you can go bananas. What are you meant to do? Smile sweetly and jog back to the halfway line?"

Thursday, February 3, 2011

khabar dari tokyo-kyoto

dari hari isnin aritu cik tunang dah bagi gambar untuk letak kat blog.tapi gua yang selalu buat-buat sebok dan konon tak ada masa tak sempat nak tempek kat blog.cik tunang dah pindah dari tokyo ke kyoto.tempat kompeni dia.training selama sebulan sebelum balik malaysia.






























dari tokyo,dia naek bullet train atau dalam bahasa jepun eh nama dia shinkansen.katanya tiket bapak mahal.macam tiket kapal terbang.tapi memang padan le harga dengan speed train tu.katanya kalo naik kereta mau 6-7jam.tapi naik shinkansen 2 jam.














































sepanjang jalan,katanya dia tengok kampung orang jepon.tengok bendang orang jepon.dan jugak melalui gunung fuji.dari dalam shinkasen jugak dia tengok tempat yang ada salji tebal.

















dari duduk tempat macam hotel,dia dah pindah ke apartment.tapi gua tengok pelik gila kalo macam ni dikatakan apartment.kalo kat malaysia,memang gua rasa takde sape nak sewa apartment macam ni.

Wednesday, February 2, 2011

selamat tahun baru cina




















masa gua first year,gua duduk kolej 12, UM.sebelah bilik gua bilik budak cina.nama dia ong.budak melaka.satu fact dengan gua tapi dia budak mechanical.badan besar,otak cerdik tapi setiap hari lepak dekat luar balkoni cerita lucah-lucah dengan gua.sampai hari ni dia masih baik dengan gua,selalu tepon gua.

gua keje sekarang,banyak connect dengan kontraktor,tukang-tukang cina.semua baik dengan gua.sampai ada ajak pegi pulau berehat-rehat, tak pon pegi danok.tapi gua layan kan saja.raya cina tahun ni,gua dapat dekat 20kotak limau.diorang hantar dalam bilik gua.sekotak gua bawak balik rumah,yang lain gua bahagi-bahagikan antara staff gua.

jadi gua nak ucap kat semua...

'happy chinese new year'

gua masih konpius..'gong xi fa chai' atau 'kong hey fat choi'..

Tuesday, February 1, 2011

hati gundah gulana

sejak petang semalam hati gua tak tenteram.resah.dan sedikit kecewa.ia membawa ke malam dan sampai sekarang.hati gua tak boleh nak tenang.otak gua ligat berpikir.macam-macam gua pikir.gua perlukan sesuatu untuk dibaca.jadi tadi gua terjumpa satu cerita.gua nak kopipes kat sini.

A little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter:
"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said:
"No, Dad. You hold my hand."
"What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's a big difference," replied the little girl.
"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours...