Tuesday, January 18, 2011

azam seorang ayah

seminggu lepas datang seorang pekerja gua dalam bilik.dia nak mintak pengesahan borang personal loan satu bank.sebelum sain,gua tanye sikit pasal loan yang dia nak buat."berapa nak pinjam ni" sambil gua selak borang yang dihulur.katanya "nak pinjam dalam 3-4 ribu".bila gua tanya nak buat apa,katanya "alaa,nak buat kenduri sikit bulan tiga ni,makcik hang tu nak la beli almari baru" jawab dia sambil tergelak.dihembus asap rokok daun dari mulut sementara menunggu gua habis membaca detail borang tersebut.lepas gua sain,digulung borang dan terus keluar dari bilik untuk menyambung tugas di bahagian dryer.

esoknya dia shift petang.sebelum balik rumah,gua pegi belakang jenguk dryer.masa lepak dalam control room gua tanya balik tentang loan yang semalam dia kasi gua sain.berubah riak wajah dia bila ditanya.kata dia,pagi tadi dekat bank, permohonan kena reject.sebab gaji basic bukan rm3 ribu.katanya sekarang syarat baru,nak pinjam gaji basic kena 3ribu.melilau dia keliling jitra tanya bank lain.tapi hampa, syarat tetap sama.dia call sanak saudara yang ada keje bank tetap tak buleh tolong.tengah bermasalah baru terkeluar cerita,rupanya anak nak kawen.tapi anak tak cukup duit.hantaran saja dah 5-6 ribu,belum masuk kos kenduri 5-6 ribu.tapi kerja cuma pembantu di kedai makan.

bagi dia,anak perlu ditolong.sebab masa dia muda,bapak dia buat benda yang sama pada dia.tak dapat nak pinjam dari bank,ada yang bagi cadangan supaya mencuba buat pinjaman dari koperasi pekerja.lepas seminggu,tengah hari tadi,dia dapat panggilan telefon.pinjaman dariu koperasi dah hampir lulus.dia sangat lega tadi.

tapi gua tak gembira langsung.gua kesian campur geram.geram pada anak dia.dah tau tak mampu nak kawen kenapa perlu kawen? kenapa nak susahkan mak bapak? gua kesian kat bapaknya,kena ke hulu hilir usung borang.pegi setiap bank.telefon sanak saudara mintak tolong,semata-mata nak cari duit untuk bagi anak tu kawen.

gua tak tau la apa yang si anak tu pikir.tak ke dia terasa menyusahkan bapak dia? bagi gua,kalo nak kawen tolong la jangan menyusahkan mak bapak.lagi satu yang gua sangat tak setuju,kalau nak kawen pegi pinjam duit dari bank.bukan ke kalo pinjam tu dah jatuh hukum tak berkemampuan? dan orang yang tak berkemampuan haram untuk berkawen.

tapi gua nak buat macam mana.nak cakap lebih-lebih tak buleh.gua cuma boleh simpati kepada pekerja gua.

Sunday, January 16, 2011

khabar dari tokyo

pagi tadi cik tunang cakap dia nak pegi tempat best arini.kena keluar pagi-pagi.sebelum pegi,die pesan nanti malam dia tunjuk gambar.tadi gua baru dapat gambar dia bersuka ria.gua jeles nak mati.






bersuka ria di disneyland tokyo













gua baru tau itu istana cinderella.












The Incredible,faveret cik tunang.ni dia kata masa day parade.













Istana waktu malam














gua tak kenal ni sape.nak kata donald bukan.duffy pon bukan.










night parade












gaya hero alam semesta.macho kan?













ok,pic last ni memang buat gua jeles.lu orang tgk sape kat atas tu..buzz lightyear...hahaha.this freak space ranger wannabe is my cartoon hero since toy story episode one.hahaha....

"i'm Buzz lightyear,space ranger,universe protection unit."

"buzz lightyear to infinity and beyond.."

melabon sendiri

semalam petang gua buhsan tak tau nak buat apa,gua pekena lepak dekat laman rumah.tengok awek lalu depan rumah.tengah lepak gua pandang langit.langit clear,dah nak merah-merah tanda nak maghrib.sebalik awan ada bulan.

tengah gua perati bulan tu,otak gua mula berpikir.kenapa selepas neil armstrong pegi naik bulan,takde pulak orang laen naik.dah dekat 50 tahun berlalu.dunia makin maju.sepatutnya dah buleh cipta roket pegi balik hari ke bulan.tapi kenapa takde jugak orang lain pegi ke bulan balik?
betul ke sebenarnya dia pegi bulan? memang ada theory konspirasi yang neil armstrong tidak ke bulan.try tanya lebai google.berlambak dia buleh bagi.

jadi mula dari semalam gua nak percaya teori tersebut.sehingga gua dapat tengok sendiri ada orang betol2 naik ke bulan.baru gua percaya.

tapi buat masa sekarang.sori,gua tak percaya.

Friday, January 14, 2011

gua memang suka jogging

gua ada banyak benda nak tulis.tapi selalu idea datang bukan masa gua nagadap laptop.idea banyak datang bila gua buat benda-benda penting dalam hidup.contohnya time berak,semayang,masa drive,tak pon time jogging.haa,pagi tadi tengah gua jogging banyak gile benda gua terasa nak tulis.tapi sekarang gua dah tak berapa ingat.

iya,gua memang suka jogging dari dulu.kalo lama gua tak jogging badan buleh terasa macam orang lumpuh.gua tak tau kenapa.gua rasa hidup ni tak berapa nak sedap kalo tak joging.kalo tak dapat jogging pon,gua akan buat lari setempat setiap pagi sebelum gi keje.sebab tu bila balik kepala batas setiap pagi gua pegi joging kat stadium bertam.setiap kali jogging gua buat 10 round sama dengan 4 kilometer.selagi tak cukup sepuluh round,gua rasa tak puas.kalo dulu masa stadi um,gua selalu joging kat tasek um tak pon kat taman jaya.

bila jogging gua suka tengok orang yang datang jogging.kebanyakan yang jogging,orang tua atau 40 tahunke atas.yang tua-tua selalu datang couple.yang jenis-jenis dah pencen,bila lepas jogging singgah kedai nasi lemak makan breakfast.nak jumpa awek-awek memang susah.kalo ada pon kebanyakan yang pinggang besar sepemeluk,yang jalan begegar pinggang.yang solid-solid ada jugak,tapi tak ramai.

tapi bila kat kokdiang gua memang takde port nak jogging.mula-mula gua pindah kokdiang,gua ada jugak jogging dekat ban besar dekat sangkar orang bela ikan.scene jogging memang takde kat kokdiang.tapi bila gua jogging kat sini ramai suka ushar pelik.semua orang lalu,suka pandang pelik.ntah-ntah diorang pikir gua nak curi ikan.sampai hari ni gua tak tau nak jogging kat mana bila kat kokdiang.port jogging yang gua tau cuma dekat tasik jitra.itupon jauh sangat dari kokdiang.

sebab tu gua harap,setiap kawasan parlimen ada tempat rekreasi atau riadah untuk rakyat.bukan apa,gua tengok projek perumahan punya banyak dibangunkan.tapi tempat riadah,tak banyak.kesannya,tengok la rakyat malaysia sekarang.semua dah makin gemok dan berlemak.

Tuesday, January 11, 2011

dR Rozmey buat hal lagi

pagi tadi dalam kereta masa nak pegi kerja gua dengar dalam radio.ada rumour yang mengatakan fesbuk akan ditutup,tapi tak jadi.gua suka sebenarnya kalo fesbuk tutup,sebab buleh ada yahudi lain pulak buat social network baru.gua dah buhsan dengan fesbuk sebenarnya.makin merepek.paling terbaru gua jumpa,ada network lesbian malaysia (melayu) kat fesbuk.jabatan agama,geng-geng ameno,tak ade la pulak nak bising-bising.buat demo ke.masalah serius ni.

sebab gua tak puas hati dengan berita fesbuk nak tutup,gua tanya lebai google.sememangnya rumour.fesbuk tak akan ditutup.gila apa nak tutup,dah berapa billion mark zurkenberg tu dah dapat tak kan la dia nak tutup.tengah gua selak-selak search result lebai google,gua jumpa bukan yahudi,bukan japanese dan bukan amerika.tapi orang melayu nak buat social network baru.memperkenalkan dR Rozmey.




sumber dari oh bulan

melompat gembira gua bila dapat tahu ada anak melayu nak buat social network.menggeletar tangan gua tak sabar nak sign up.kehkehkeh.macam mana la rupanya dRbook tu nanti.

walaupon dr rozmey ni selalu buat kita tergelak,kadang-kadang gua terasa respek dengan dia.gua kagum dengan self-belief dalam diri dia.cuba lu orang pikir,dia bukan artis,bukan ahli politik,bukan orang ameno.dia datang dari nowhere.tapi dia muncul dengan bisnes kempis perut.dari tak diketahui sampai la feymes satu malaysia.tapi paling gua sangat kagum dan respek,dia guna susuk tubuh dan gambar dia sendiri untuk market barang dia.tak ada artis sebagai duta,iklan bukan dihiasi muka-muka pan asia.tapi cukup sekadar muka dia,dengan rambut kelakar dan thumb up sign.cukup untuk dia jual produk dan buat orang beli.

kalo korang tak percaya sila pegi ke bandar darulaman,jitra.tengok body shop dia.penuh dengan gambar di setiap penjuru kedai.tak cukup dengan keyakinan menggunakan muka sendiri untuk promote produk.tengok macam mana masa dia nak terbit filem 2 alam.dengan yakin,dia cakap buleh capai kutipan 40juta.walaupon tak capai,sebab terlalu mustahil tapi cuba lu orang tengok macam mana yakin dr rozmey ni.gua rasa kalo lu orang tengok bill gates berucap pon tak seyakin dR rozmey ni.

jadi walaupon dr rozmey ni selalu jadi bahan ketawa,lu orang pikir la sama benda-benda yang positif dekat diri dia.cuba pikir,buleh ke lu orang buat macam apa dia buat.gua memang tak buleh...















ni kedai body shop dr rozmey kat jitra.cuba tengok berapa banyak gambar dia.