Saturday, January 8, 2011

random

minggu ni wikend(kat kedah jumaat sabtu kira wikend) pertama gua spend kat kokdiang tahun ni.macam tahun-tahun lepas gua buat benda yang sama.hari jumaat,bangun pagi jam 10.lepak tengok tivi atau internet,kol 1 lebih pegi mesjid.balik mesjid beli roti buat lunch.petang pegi pasar malam arau.malam lepak rumah.

sabtu pulak,bangun kol9 tenyeh-tenyeh mata.pegi pulak pasar hari kat pekan kokdiang.beli makanan untuk sarapan merangkap lunch,pastu gua lepak tengok tivi.agak petang gua pegi kangar atau alor setar gi makan fast food.balik petang,malam lepak rumah tengok bola.abes wikend gua macam tu saja.

masuk tahun baru pon,gua tetap ulang benda sama.jadi tadi gua terpikir.hidup gua terlalu bosan.buat benda sama,makan benda sama.gua tak tau la kenapa gua buleh tahan hidup macam gini.tadi dalam kereta balik dari kangar gua ada terpikir.gua muda lagi,gua perlukan perubahan.muda-muda macam ni,belum kawen gua patut uji diri gua.

buat masa sekarang hidup gua terlalu selesa.kerja tak sibuk sangat macam orang lain.gaji besar untuk kawasan macam kokdiang ni.gua memang berada dalam comfort zone omputeh cakap.gua kena test diri ni.berada dalam comfort zone memang tak bagi apa-apa pengajaran dan pengalaman.gua nak kerja yang mungkin lebih mencabar.yang lebih injineer dari sekarang.yang banyak pening kepala,banyak pressure.yang lagi mencabar.gua kena hidup dekat bandar.yang sesak dengan orang dan kereta.harga barang-barang yang mahal.baru gua handle duit dengan betol.lagipon kat bandar banyak le sikit benda nak makan.ye dak?

mungkin tahun ni jadi turning point untuk gua.mungkin tuhan akan bagi peluang untuk gua mencabar diri sendiri.mungkin lepas ni gua tukar kerja lain? perhaps.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
khabar dari tokyo

sebelum cik tunang pegi jepun,gua ada suruh dia untuk tulis dalam blog ni.cerita pengalaman jalan-jalan kat sana,apa dia rasa bila duduk negara orang,macam mana feeling bila duduk jauh dari gua.gua siap bagi pinjam kamera untuk ambik gambar banyak-banyak lekat kat blog.tujuan gua bukan apa,saja nak bagi nampak sweet.yela,gua nak le jugak rasa ada orang tulis benda-benda sweet untuk gua.buleh gua baca 4-5kali hari-hari.tapi sebenarnya,gua nak dia tulis supaya nanti bila dah tua buleh la anak-anak tengok apa mak bapak diorang buat masa muda-muda.yela,bila document kan buleh la nanti belek sama-sama.

tapi hati gua jadi kecewa.bila mintak tulis,dia tulis lima batang ayat je.ambik masa berjam nak taip.itupon lepas gua paksa.gua siap offer tolong edit,bagi hint cari ayat-ayat sweet.tapi dah kalau lima ayat je tulis,nak klik publish terasa berat.gambar kamera pulak,lagi banyak gambar orang lain.haaiisshh,bertambah kecewa gua.tapi nak buat macam mana.gua tau dia memang tak pandai nak tulis-tulis.lagipon,mungkin takde rezeki gua ada orang nak tulis benda sweet kat gua.
tapi takpe,nasib baik dia hantar gambar yang sweet untuk gua.

"It is cold here. So cold,in a way that goes deep into your bones.
there's one place i can go to find warmth,
and that's to think of you"~The Pearl Harbour

Thursday, January 6, 2011

akibat terbiasa

macam biasa,rutin pagi harian.lepas masuk kereta,start enjin.bukak radio.adjust volume bagi rendah,sayup-sayup kedengaran orang kata.kang kalo kuat susah pulak nak borak.tune dah sedap,gua capai telefon.tekan punat call,tekan pulak punat menu cari loudspeaker,ok.

redi tekan minyak kereta nak gerak.keluar suara awek dari henpon"this is the voicemail of zero one nine..."

tepuk dahi.dem,dia kat jepun la...

kihkihkih...gua terlupa.gila apa,sepanjang tiga tahun tak pernah miss morning call bila masing-masing drive pegi kerja.borak itu ini,kutuk sana sini.tapi paling selalu dengar dia maki hamun driver laen.kekadang tu datang lagu sedap kat radio kitaorang sing along sama-sama dalam kereta.yeah,kitaorang tune to the same channel.

haisshhh,tapi pagi ni sunyi gua..drive sambil dengar radio je..radio pon celaka apa pagi ni keluar lagu trisha yearwood "how do i live".saja je nak seksa emosi gua.

#update waktu malam
disebabkan dah lama gua tinggalkan bidang chat ym,tadi gua terdetik hati nak install ym.tujuan gua supaya senang sikit gua nak chat dengan cik tunang.chat pakai fesbuk takde feel.sebab tak buleh buat background daun-daun luruh.lagipon,chat fesbuk susah banyak godaan.wall lagi nak reply.photo awek-awek nak jugak diselak.jadi gua suruh cik tunang install ym sama.abes install,tibe-tibe laptop gua bunyi.truutt,trruutt.yeah,ym buleh buat call..cik tunang call...dah-dah gua malas nak tulis panjang-panjang..nak gi gayut sat..auuwww...

Tuesday, January 4, 2011

sayonara my love

kompeni gua pernah hantar gua pegi kelantan sebulan,pastu hantar kedah sebulan masa gua kerja kl dulu.itu jela yang kompeni gua penah bagi.tapi tidak bagi cik tunang.esok kompeni dia hantar gi jepun dua bulan.dua bulan.gua memang jeles gila babi dengan dia (padan muka ko zaid,dulu keje kilang jepun lu lari pegi keje kilang melayu).

walaupon gua jeles,tapi gua bangga dengan dia.omputeh cakap she deserve its.cik tunang memang jenis rajin kerja.dia selalu buat kerja dengan betul.tak macam gua,kerja asek nak rilek je.dia jugak sangat cerewet.kalo pegi shoping dengan dia,memang nightmare.nak beli baju macam nak beli kapal selam.macam-macam benda dan kriteria nak kena puas ati.dah puas hati,setiap jahitan,printing atau apa aje dia akan check.melayan dia shopping memang buat gua selalu tepuk dahi dan geleng kepala.tapi gua seronok melayan.gua rasa macam tu la jugak dia kerja.sebab tu bos dia hantar gi jepon.tahun lepas dia dapat MD award.sungguh-sungguh betol dia kerja.

kenang balik macam mana dia buleh kerja kat kilang tu buat gua terasa terharu.kitaorang abes belajar sama-sama.masa belajar,dia duduk kolej gua lepak rumah sewa.abes belajar dia duduk kampung.disebabkan dia duduk kampung,kalau ada interview kat kl otomatik gua kena jadi driver.sebab tu abes belajar gua harap dia dapat kerja dulu sebelum gua.kalo gua keje dulu,dia takde driver.disebabkan dua kali dia kena interview,maka dua kali lah gua kena bawak.first time pegi,sesat.sebab first time pegi shah alam.sesat sampai nak masuk kesas highway.

tapi paling sedih masa hari dia report.sebabkan belum ada rumah sewa,dia datang dari kampung dengan beg baju.pagi tu pulak hujan lebat.hari yang sama gua pon ada interview kat shah alam.memang basah lencun kitaorang pagi tu.henfon gua pulak masuk air.menggeletar gua masuk interview dengan baju lencun,boxer basah.menggeletar gua menjawab soalan.

tapi itu semua tinggal kenangan.zaman susah-susah dulu.gua bersyukur,dia dapat kerja dulu sebelum gua.tapi gua memang jeles dia nak gi jepon esok.jepon adalah tiga tempat yang gua terasa nak pegi selepas mekah dan busby lane.apa pon,kepada cik tunang,jaga diri elok-elok.hepi-hepi jugak bila lu gi disneyland ke,mana ke.jangan la lupe gua yang masih terperosok kat kokdiang ni.ni gua letak video untuk lu.(sori arini gua jiwang sikit)

Sunday, January 2, 2011

tahun baru,semangat baru

harap-harap tahun ni gua lebih serius bekerja,mengejar bonus yang tinggi-tinggi.macam gua dapat tahun 2010.

"well if you call it a job, it ain't fun,
I mean,look at porn stars.They get to sex all day.
they should happy.
you never heard about a happy pon stars" Irv~My life in ruins

kerja bukan tempat main-main.kerja bukan suatu yang seronok.berenti komplen,kerja dengan serius.oh yeah!

Friday, December 31, 2010

selamat tahun baru

masuk 2011 kali kedua gua sambut tahun baru di kedah.terkenang balik dari tahun 2003-2008 zaman gua hidup di kota kuala lumpur.malam new year atau merdeka adalah malam untuk pesta untuk semua warga kota.tempat-tempat happening macam dataran merdeka,klcc,bangsar atau hartamas jadi tempat tumpuan.tapi ramai masyarakat marhein pegi dataran merdeka atau klcc.buleh tengok konsert pree dan part paling gua suka bila ada bunga api.

seingat gua,new year 2004 paling semangat gua nak sambut.masa tu gua kat asasi um.first time nak sambut new year kat kl.tahun-tahun sebelum tu gua sambut new year kat rumah je.gua budak sekolah lagi.mana pernah keluar rumah sambut detik 12 tengah malam.jadi,semangat nak sambut tu jadi laen.berkobar-kobar gila ngalahkan orang nak pegi jihad.pegi dengan member-member kitaorang lepak klcc.manusia punya ramai malam tu.nak berjalan pon tak buleh.pentas konsert kat mana pon kami tak jumpa.kami cari port luas yang ada screen.bukan nak tengok sangat konsert.masing-masing mata asek usha awek key el.nak-nak lagi seksi-seksi.sampai masa kira detik, ramai yang jerit 3,2,1 hepi new year.bunga api memang superb.lama pulak tu.gua terasa puas.abes semua,sementara tunggu member gua yang hilang jumpa balik.ada pulak sekumpulan awek melayu berjalan keliling klcc pakai bra dengan seluar.bukan maen kuat kami bersorak bila diorang lalu depan.malam tu jugak gua overnight kat klcc.tidur merempat dekat taman klcc.kerja gila.

tapi itu dulu.zaman muda-muda,cuma tau nak berhibur sepanjang masa.daripada pengalaman macam gitu dapat mengajar gua macam-macam.kadang-kadang memang terasa nak pegi balik zaman tu.berseronok tak ingat.tapi sekarang hidup dah terbalik.kat kedah gua tak tau kat mana ada sambutan macam gitu.lagipon,tahun baru bukan cuti umum untuk negeri kedah.jadi maknanya tahun baru gua kena kerja.tapi macam tahun lepas,walaupon new year jatuh hari cuti,gua terpaksa kerja.kena buat stock take.sapa yang pilih tarikh ni gua pon tak tau.umur dah naik cam gini,tahun baru sama macam hari biasa.azam tahun baru memang gua tak pernah ada.sebab gua dah buat azam masa besday.macam gua cerita sebelum ni.

tapi apa-apa pon,gua nak ucap selamat tahun baru 2011.semoga tahun 2011 akan jadi lebih bermakna dan berjaya dari 2010.hepi new year...