Tuesday, December 28, 2010

pengalaman bukit jalil gua

semenjak gua stadi kat um,gua memang suka pegi bukit jalil tengok bola.tak kira la bola melayu ke bola international ke atau apa-apa jela.semua gua terasa nak pegi.walaupon duduk kedah sekarang gua masih terasa semangat nak pegi.jadinya boxing day hari tu,gua pegi tengok bola malaysia lawan indon.tiket gua suruh kawan kilang cik tunang belikan.

bagi gua,game malaysia-indon ni secaond game yang best gua tengok.yang first dah tentu la tengok man united maen dak.tapi kali ni memang berbeza dengan game malaysia sebelum ni.last kali gua tengok game malaysia,tahun 2007.masa asia cup.malaysia hancur kena 5-0.masa tu trek balapan dah serupa pusat pelupusan sampah.penuh dengan botol orang lempar.tapi kali ni lain pulak cerita.penyokong punya ramai.first time gua tengok orang cina datang tengok bola malaysia.paling cool bagi gua bila ada yang pasang flare merah.super cool,kalo lightning malap sikit dekat tempat penonton,buleh nampak stail penonton itali.

tapi ada benda-benda yang FAM terlepas pandang.satu benda yang gua tak puas hati ialah pembahagian tempat duduk kepada indonesia.gua tengok FAM ni macam baik sangat.terlalu banyak tempat duduk diberi kepada penyokong indonesia.memang orang indon ramai kat malaysia.tapi kenapa perlu bagi banyak? kita main dekat home.penonton player no 12.tapi kenapa nak kurangkan lagi penyokong.kat kawasan tempat gua duduk,ada penyokong yang sampai kena duduk kat atas tangga.

tapi apa-apa pon gua bangga jugak la dengan malaysia punya team.lu orang boleh sebenarnya,tapi kena la usaha kuat sikit.jangan asyik nak kejar artis je buat awek.oh ya,teori gua mengatakan malaysia menang sebab player-kembar-model-nike-yang-asek-kejar-nak-kawen-artis tu tak main.kalo diorang main mungkin hancur.kepada kerajaan,sultan bola kalo buleh tak payah la nak kasi reward banyak-banyak.bagi datuk ke apa ke yang merepek-repek tu jangan la.banyak lagi cup yang perlu dimenang.ini baru sekali.

untuk second leg,gua harap malaysia ni main la betol-betol.jangan kena 5-0 udah le.penat dah gua menjerit-jerit kat korang.tapi paling perit gua terjatuh masa panjat palang nak keluar dari kawasan seat.sialan betul,gaya gua nak lompat gua terasa kaki kiri gua sangkut.gua syak makcik blakang gua gopoh tercapai kaki.sakit tangan kiri gua jatuh atas simen.nasib baik gua tak kena pijak.kalo tak,jadi berita lain pulak la kelmarin.

update pagi menang
tahniah kepada malaysia.lu orang maen memang steadi,tak kecut telor.datang opis pagi-pagi pon makcik-makcik buleh sembang pasal bola.kepada sultan bola dan gomen.jangan terlalu puja dan sanjung pasukan ini dengan wang dan imbuhan.berikan sedikit penghargaan dan sediakan lebih banyak peluang dan ruang untuk diorang.inilah masanya untuk buat anak-anak kecil malaysia tinggalkan xbox,psp,dota atau apa bala lagi.dan mula menyepak bola di padang permainan setiap petang.kembalikan keghairahan bola sepak negara kita.

tapi apa yang paling gua bangga bila rio ferdinand puji malaysia kat twitter.

"congratulation 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final.I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team" rioferdy5

tahniah malaysia.

Wednesday, December 22, 2010

stail kapitalis

tadi mula-mula bukak internet gua rasa ada silap ketik kat mana-mana.tibe-tibe laptop gua install security shield.ingatkan antivirus apa,sebab lepas install benda tu teros run scan.jumpa virus belambak dalam laptop.gua takde la nak heran sangat,sebab memang dalam laptop gua ada gaya macam kandang virus.antivirus pon macam mati segan hidup malas.

tapi selang dua tiga minit,dia makin galak keluar detection virus.gua heran,software baru ni apa hal aktif benor.meroyan ke.makin lama makin annoying.lepas tu,satu-satu software gua tak buleh bukak.outlook,fail excel,word tak buleh bukak.benda lagha macam lagu dengan video lagi la.celaka.punah macam ni.macam mana gua nak kerja besok.macam mana gua nak buat slaid projek yang nak kena present esok.tu belom kira semua fail-fail kerja dalam laptop ni.mana ada gua sinpam backup kat mana-mana.

gua tanya lebai google,rupanya security shield ni penipu.dia create fake virus,tunjuk notification supaya yang gelabah beli update software.update ni kononnya untuk buang virus fake,yang memang tak ada dalam komputer sebenarnya.

tapi gua tak gelabah,gua bukak youtube gua stadi macam mana nak buang benda-benda bidaah cam gini.lepas 10minit setel.laptop kembali normal dan bulih menjalankan tugas hakiki dia.

ini la rupe benda bidaah tu.belambak-lambak kononnye ada virus dalam laptop.

ini cara nak menipu.nak suruh beli update ke apa ntah.

jadi kepada sesape yang terkena benda sama,rujuk la video ni kat youtube.


gua tak larat nak donlod.

Sunday, December 19, 2010

5 tahun sekali

benda ni gua patut tulis masa besday aritu

sejak lepas exam pmr gua dah mula serius pikir pasal hidup.walaupon masa tu gua tak berapa nak cerdik,berangan-angan nak jadi mat grunge,lebih banyak buang masa layan mirc daripada buku teks sejarah,tapi ada satu detik gua terpikir secara serius tentang hidup.

jadi,masa lepas pmr dan kebetulan tak buat apa sebab dah lepas exam besar.gua mula merencanakan hidup gua ni.apa yang gua nak buat dengan hidup? lama gua pikir,akhirnya gua buat keputusan.bermula besday gua yang ke 15,gua akan buat tiga azam untuk setiap 5 tahun.maksud eh,masa umur 15 tahun gua buat 3 azam,umur 20tahun lagi 3 azam dan seterusnya.dalam 5tahun tu,gua kena capai azam tu.azam tu la yang akan drive gua dalam hidup.kalo tak hidup gua nanti tak ada arah.jadi sebelum gua bagitau azam untuk umur 25 tahun gua nak flashback balik azam-azam yang lepas.

umur 15 tahun
1. gua nak tukar sekolah.kalo buleh nak gi SBP
2. gua nak masuk universiti
3. gua nak belajar injineering

azam pertama tu gua tak berjaya tunaikan.separu jalan saja.gua dapat offer gi SBP,tapi bapak gua tak bagi last minit.dia nak gua sambung belajar sekolah agama.tapi gua pasrah,at least gua berjaya dapat offer.yang no dua dengan tiga tu memang gua ekselen.lepas spm gua teros masuk U.

umur 20 tahun
1. gua nak abes belajar on time
2. gua nak kerja injineer
3. gua nak kumpul duit untuk kawen

yang no satu tu memang gua berazam sangat.belajar kat u gua memang mencabar.kalo nak kira kos gua yang melayu nak abes on time memang tak banyak.tapi gua berjaya jugak.yang no dua tu,memang dah dari kecik gua nak jadi injineer.tapi ramai jugak yang gua dengar crite keje dua tiga bulan tukar keje lain.ada yang tak tahan pressure.ada yang jadi cikgu.tapi gua kalo buleh nak rilek je.yang no 3 tu,gua memang gatal.enuff said.

umur 25 tahun
1. gua nak kawen
2. gua nak beli rumah
3. gua nak ada anak

untuk result tunggu la besday gua yang 30 nanti.

Thursday, December 16, 2010

pengalaman hanjing gua membayar saman

ini pengalaman gua yang beratur 2 jam semata-mata nak bayar saman takut kena blacklist tak buleh nak renew road tax bulan depan.gua pegi bayar kat balai trafik alor setar.

seorang cina tua mula-mula dia pegi semak saman,lepas semak dia datang depan gua.buat-buat borak dengan sorang amoi.sebab gua tak paham cakap cina,dalam otak murni gua pikir mungkin cina tua tu mak amoi depan gua.tapi bila nak bayar,diorang bayar asing-asing.buta-buta gua kena tipu.shit lah.

yang ni lagi celaka.ada seorang amoi pakai hot pants.tengah beratur dia bulih jadi runner untuk adik,kakak,abang,jiran,skandal,sedara mara.semua orang dia talipon.tolong semak dan tolong bayarkan.niat memang baik.tapi bila dia bayar,ambik masa dekat sejam.bloody hell.polis cuma bukak kaunter sampai kol4.masa kol345 depan gua ada lagi dua orang.amoi tu belom lepas lagi.

tapi dengan selambe,gua buat muka garang gua pegi sound amoi tu "miss,lu bayar sikit-sikit bulih tak.kesian kami kat belakang ni tunggu lu saje dah kat sejam.(gua berenti sekejap tarik nafas dan jerit) bodoh la u ni!" elok gua sound,orang belakang semua maki-hamun amoi tu.amoi tu jadi pucat,dan takut nak tengok belakang.resit saman pon tak sempat nak lipat,teros dia blah.tapi malang gua pon tak sempat nak bayar sebab kaunter dah tutup,tapi nasib baik ada brader depan sanggup collect saman gua dan bagi sekali.sebab dia orang last bulih bayar untuk semalam.

tapi keluar balai semalam gua pelik.kenapa dekat queensbay itu hari kaunter bukak sampai kol 9 malam.tapi kat alor setar cakap bukit aman offline kol4.lagi yang gua pelik,kenapa ramai orang datang sibuk dan kecoh semalam hari last ada diskaun 50%.tapi dekat balai polis tulis tiada due date....lantaklah,janji saman gua dah selesai.

Tuesday, December 14, 2010

ini bukan majik,bukan ajaran ayah pin.ini ilmu..



dah lama tak letak video.arini kursus abes awal.malas nak balik rumah,gua lepak lobi hotel gua donlod video sepam dua,saje nak letak kat sini satu.bosan gak le kan asek menulis je.

sekarang lu orang letak david blaine ketepi,david copperfield atau cyril pon lu orang campak jauh-jauh.meh gua kenalkan mamat ni.nama dia derren brown.nak tau sapa dia pegi tanya lebai google.tapi yang gua nak cakap dia bukan buat majik atau pakai tahyul.dia pakai kaedah NLP.nama panjang neuro linguistic programme kalo bahasa mudah atau bahasa kampung kawalan minda lebih kurang macam pukau jugak la.dalam video contoh yang gua letak,dia merompak seorang mamat.kalo bukak youtube,lu orang buleh tengok dia shopping dengan kertas.

tapi bila gua pikir,benda-benda ni macam bahaya jugak.gila apa kalo semua orang buleh buat macam tu.bercakap pakai nlp.tak ke haru dunia.pasir diingatkan beras,anak diingatkannye bini.gila.