Monday, December 13, 2010

kursus

balik dari kursus kat melia, kuala lumpur...
sambung pulak kursus kat regency, alor star..
dah macam student asyik masuk kelas..
keraih juboq lagu ni,dok melangut saja..

asek makan kat hotel buat gua gemok..
haissh..

Saturday, December 11, 2010

10/12 besday gua


10/12/2010..akhirnya setelah 25tahun hidup baru la gua dapat kek yang ada tulis nama.ya,kepada semua gua tak pernah dapat kek yang ada nama atau ada lilin sejak hari jadi yang pertama.

terima kasih kepada cik tunang yang tempah cuppies then datang bawak kat hotel dan celebrate dekat tasik titiwangsa.simple but meaningful.kepada yang wish kat fesbuk,arini baru gua dapat reply.gua kursus,esok hari ahad kursus lagi.sampai gua nak cuti pegi kenduri awek main kawen-kawen masa tadika dulu pon tak buleh.yang wish tu,takkan wish je? anta-anta la benda ni kat pintu rumah gua
tak pon yang bawah ni pon dah cukup
agak-agak nak bagi pm la gua.nanti gua kasi alamat kihkihkih..

Wednesday, December 8, 2010

be yourself! (tajuk serupa motivasi budak-budak upsr)

ini hari aku kena pegi kl.ada kursus.kompeni hantar gua masuk kursus tahap international.sebab dari booklet yang dibagi yang mengajar orang itali.kompeni yang masuk pon bukan calang-calang.semua international.

jadi semalam,masa gua packing terpikir dalam otak.pegi kursus level international ni,gua kena pakai smart-smart ke macam abang-abang keje gomen kat kl tu ye dak? long sleeve,slack kain licin dan kasut kulit tajam kat depan,setengah pulak ada gelang magnet ac mizal kat tangan.dressing code cam gitu memang berbeza langit dan bumi dengan dressing gua pegi keje.gua keje pakai lepak je,seluar jeans,tshirt dengan safety shoe.nak hari sabtu gua pakai seluar pendek je kadang-kadang.nak smart sikit pon kalo pegi hq.itupon gua cuma tukar pakai kemeja kompeni dengan kasut adidas superstar yang ada dalam kereta gua.

tapi pikir panjang takut malu, gua masuk jugak dalam beg kemeja long sleeve sekeping.baju yang dah berhabuk,last kali pakai masa interview dua tahun lepas.gua sumbat baju tu pon takut in case,kang gua sorang-sorang pulak pakai macam nak pegi low yatt.tapi pagi tadi tengah berak gua terpikir.kenapa gua nak korban identiti kerja gua? kenapa nak dressing macam yuppie? tak true.

keluar jamban,gua bukak beg,buang long sleeve teros gua capai kemeja-kemeja lengan pendek dengan tshirt...baru true,omputeh kata apa,be yourself.dah-dah,gua nak gi kl dah ni (padahal nak balik penang singgah makan kat umah dulu)...kihkihkih

Friday, December 3, 2010

harga minyak dan gula naik.rakyat gembira.

harga minyak naik lagi tengah malam ni.shit.aritu kata cuma RON97 saja diapungkan ikut harga pasaran.abes,arini apa cerita? oh ya,kenaikan arini siap dengan pakej kombo.gula pon naik sama.

kalo selama ni,harga minyak naik semua benda barang naik.buleh bayang dak harga makan selepas ni? last time,bila harga gula naik pon kedai kat kokdiang teh o ais pon dah naik 20sen.kali ini? gua tak tau menteri ni sedar atau tak.bila cakap harga minyak naik,harga barang lain tak akan naik.ada orang percaya ke? rasa orang bangang je buleh percaya.

lagi satu gua rasa kenyataan paling basi setiap kali naik harga minyak,mesti keluar dari mulut menteri harga negara jiran lagi mahal.shit lah,gua rasa sejak gua paham pasal benda-benda macam ni,inilah alasan yang sama yang diguna oleh semua menteri.diulang-ulang sampai mati.setiap kali naik harga mesti compare dengan thailand,singapore dan indonesia.negara yang tak keluar minyak.tapi tak pernah nak compare dengan brunei.

rakyat dah bijak,bukan macam orang dulu yang buleh terima bulat-bulat je cakap menteri.cari la idea lain.tunjuk bijak sikit.jangan bijak bela perot saje.

Wednesday, December 1, 2010

2 tahun di kokdiang

kalo ikut perkiraan kalendar gregory,ini hari genap 2 tahun gua jadi penduduk kokdiang.gua mula kena posting kat kokdiang 1/12/2008.sejak 2008,gua tengok tak banyak sangat berubah.cuma dua benda je jalan 4 lane dari jitra-arau dah siap (sampai kokdiang je baru siap,arau idak lagi),lagi satu ada arked baru bukak dekat pekan kokdiang.itu je.yang lain masih sama seperti dua tahun lepas.sempena 2 tahun gua dah menghuni kokdiang ni,gua nak catat benda-benda menarik tentang kokdiang pada pandangan gua.

1. tiada jualan surat khabar bahasa inggeris di kokdiang.gua suka baca the star,sebab berbaloi.tapi gua tak tau kenapa satu pon tak dijual di kokdiang.yang pelik,surat khabar politik berlambak-lambak.

2.pasar malam di kokdiang tak menarik.tak banyak benda yang gua buleh telan.tak banyak variety.sepanjang dua tahun,setiap kali gi pasar malam,benda sama yang gua beli.

3.penjual apam balik di kokdiang menipu.diorang tak letak jagung.kalo nak jagung kena beli yang special harga 70sen.wadehel? apam balik wajib ada jagung!

4.kedai pasembor punya banyak kat kokdiang,tapi gua tak berapa berkenan.sebab dia tak buleh nak pilih-pilih.pasembor terbaik tetap di penang.

5.awek-awek kokdiang obses dengan muka putih.suka pakai pemutih muka,yang buat muka cerah dan merah-merah sampai gua kadang-kadang takut nak tengok.muka puteh,tapi bila tengok tangan dengan kaki gelap.weird.

6.yang lelaki pulak suka main motor.bajet mat rempit.kesukaan diorang suka lepak ramai-ramai sambil bukak lagu dekat henfon pakai speaker.diorang pikir diorang cool,bajet awek buleh sangkut,padahal annoying btol.

7.masjid kokdiang membenarkan orang meniaga di kawasan mesjid hari jumaat walaupon azan dah berkumandang.kalo ikut hukum/quran tak buleh.

8.kenduri kawen buleh dibuat setiap hari.tak perlu tunggu hari jumaat/sabtu/ahad.sebab tu time cuti sekolah gua buleh makan pree setiap hari.

9.makan di kokdiang masih murah.laksa sebungkus seringgit pon masih ada orang jual.

gua tak ingat dah apa benda yang menarik kat kokdiang ni.takde la menarik sangat kokdiang ni.tapi kira gua steady lagi la buleh tahan hidup dua tahun kat sini.