Sunday, September 12, 2010

hari raya 2010




dunia ini untuk orang muda.hari raya untuk kanak-kanak.hari raya kali ini,penuh dengan bermain.dari pagi sampai malam.mercun pum-pang-pum-pang.sampai ada yang luka jari tangan.petang raya main buih sabun.pegi rumah orang main macam dekat taman permainan.iya,raya kali ini setiap masa kami bermain.
leka main.sampai gambar raya gua pon cuma dapat sekeping....itu pon pakai timer,tangkap sendiri...
apa pon..selamat hari raya..maaf zahir batin..

Tuesday, September 7, 2010

malaysia circa 90 an - hari raya

entri bersiri ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan gua mengenai kehidupan semasa dekad 90.dimana kehidupan malaysia yang paling happening berlaku.

raya di zaman kanak-kanak dulu sangat seronok.di zaman yang belom ada astro,psp,blackberry dan segala mak nenek gajet.raya zaman gua kanak-kanak to be specific sekitar 90-an sangat true.raya memang betul-betul disamabut.

bagi gua,raya bermula bila hari ke 20 puasa.masa tu gua memang dah mula sibuk.bukan sibuk buat kueh.tapi sibuk pasang pelita.masa kanak-kanak gua memang rajin.memang langsung tak ada sape yang suruh.gua sendiri-sendiri.bapak dan adik gua langsung takde tolong.jadi gua la yang cari kayu,beli pelita,buat sumbu.kadang-kadang sampai tergolek gua sebab penat sehari buat panjut.mana maen tiga empat bijik pelita.paling koman 20 bijik.laman rumah gua besar.sebab tu kena banyak.bila malam je,tak sempat-sempat lepas buka pose teros pegi pasang.malam gua bukan main senyum puas.

dekat-dekat hujung pose.datng aktiviti baru.bakar mercun dan bunga api.dulu bulan pose bukan main simpan duit belanja sekolah.pegi sekolah mak kasi seringgit,balik sekolah pon ada seringgit dalam poket.mana buleh belanja,nanti lari bajet.zaman gua sekolah,mana berani nak mintak-mintak duit.kemuncak main mercun,bila malam raya dan pagi raya.malam raya macam orang gila main mercun.pernah sekali gua baling mercun masuk poket baju akak gua.pagi raya pulak lepas subuh,tengah gelap-gelap lagi gua pegi bakar mercun.kejut orang bangun hari raya.

hari raya dulu bukan macam sekarang.dulu mana ada astro.yang ada pon tiga channel je.tv memang tak menarik masa zaman kanak-kanak gua.sebab tu abes je sembahyang raya,teros pegi beraya rumah orang.dialog biasa bila pegi rumah orang "kami tak mau makan,nak beraya je".tak kira la rumah orang kaya ke miskin ke.penah jugak sekali tu pegi rumah mak cik tua.raya dia hidang teh o je.duit raya pon dia bagi 20sen.tapi dah perangai kanak-kanak.sebat jela.bukan nak reti kesian.

gua kira-kira tak silap duit raya yang gua kutip masa raya kanak-kanak tu ada dekat tujuh lapan ratus.tapi gua tak guna duit tu.bapak gua marah.dulu dia siap bukak bank pertanian untuk simpan duit raya yang dapat.gua masih ingat,masa mula-mula bukak dapat tabung bentuk kelapa,kaler hijau.sampai hari ini duit tu masih ada lagi selamat dalam akaun asb gua.nanti,kalau gua kawen ke,duit raya zaman kanak-kanak gua masih ada bagi sumbangan.

bila umur dah meningkat,gua pulak masuk asrama.satu-satu gua tinggalkan.dah tak ada panjut,dan pegi beraya.tapi main mercun masih gua amalkan.tapi kali ini lebih kepada melayan anak-anak buah gua.mana buleh pisahkan raya dengan mercun.

tapi hari ini,semangat raya dah jadi lain.technologies kill tradition.panjut dah diganti dengan lampu lip-lap.kad raya dah ganti dengan sms dan mms.mercun bunga api dah haram.diganti dengan playstation,psp dan xbox.ketupat dah ganti dengan nasi himpit plastik.dan lagi teruk raya tahun ni ada pulak pak haji lebai santa.silap-silap nanti baju kurung,baju melayu dah jadi macam baju astronaut.

tapi gua bersyukur,setidak-tidaknya gua telah berjaya melalui kehidupan di dalam dekad yang masih ada unsur-unsur tradisi.

Monday, September 6, 2010

iklan raya tv3

iklan raya tv3 gua baru tengok tadi.dekat youtube.sebab yang kat tv gua jarang tengok.selain itu,gua jugak cari apa yang membuatkan iklan jadi kontrovesi sampai nak kena mintak maaf dalam berita.gua jumpe blog ni.betul-betul semangat brader ni teliti iklan.semua benda ada kaitan dengan illuminati dan apa bala lagi.

ok,bagi gua buat kajian serupa gitu sangat la mengarut.buang masa.tak payah la nak tengok iklan.kat tepi-tepi jalan pon buleh nak samakan benda-benda dengan lambang agama lain.contoh tiang talipon yang bentuk macam salib.songkok putih pulak disamakan dengan pope.tak silap gua dulu raihan ada pakai songkok putih.takkan diorang geng pope jugak kot.kehkehkeh.

cepat betul melatahnye brader ni.daripada rajin benar membelek iklan ni,baik pikir masalah moal islam yang lain.masalah bik mama masuk mesjid tak pakai tudung ke.kan lagi elok.ini tidak,yang merepek-repek di cari nya.lagipon sedar la,melayu ni memang banyak cedok budaya lain.contoh macam bagi duit raya.cedok dari budaya cina.pasang pelita,cedok dari india.jadi tak heran la mula cedok dengan kristian pulak.r

tapi,
gua tak kata setuju dengan iklan tu.gua tengok,haram tak rasa nak raya pon tengok iklan tu.carilah story yang nampak raya.nak bodek 1malaysia bik mama pon ikut-ikut padan la.cukup la setiap hari membodek.biar raya dengan tema aidilfitri..tak payah nak 1malaysia...

Sunday, September 5, 2010

berokband

semalam secara tak sengaja gua terbeli broadband.oh ya,sebenarnya gua termakan pujuk amoi salesgirl.gua tanya kalo macam kokdiang buleh dapat ke dapat coverage.amoi tu jawab,kokdiang tu kampung.line mungkin tak steady.ayat selamat nak bagi gua tak lari.

pum pang pum pang dekat setengah jam.gua cair.gua angkat satu nak balik test.

balik rumah gua pasang.petang tak dapat line.malam dapat kejap-kejap.pagi lepas sahur tak dapat.gua rasa nak kunyah je broadband tu.menyesal.membeli ikut nafsu.

sebabkan kilang gua lagi terpencil dari rumah gua kat kokdiang tu.at least dekat kokdiang dah ada bangunan kedai dua tingkat.megat dewa takde.jadi,gua tak yakin langsung dengan coverage.saja gua bawak broadband tu datang opis.

sampai ofis gua on laptop.pasang broadband.

perghhh,bukan main sedap bley pakai...laju je..

apa? korang jangan maen-maen dengan kawasan megat dewa...hahahaha

Wednesday, September 1, 2010

dua tahun dah...

lepas abes praktikal jadi operator cum cleaner dekat kilang,gua dilanda dilema.ya,sepanjang final year gua pikir sumthing tentang masa depan dan karier.kalo buleh gua nak cari kerja yang buleh berbakti kepada masyarakat.giving back to society kata omputih.

sebab gua pikir kalo kerja yang cam gitu,at least gua buleh jugak dapat pahala.dosa dah la banyak.iye dok? yela,gua nak le jugak berjasa kepada nusa dan bangsa.tapi time tu,yang gua terpikir cuma jadi cekgu atau lecturer je yang betol-betol dapat beri sesuatu kepada masyarakat.tapi gua tak nak jadi cekgu.gua memang out dalam bab mengajar.memang gua tak reti.sepanjang tahun gua terpikir kerja apa yang gua patut buat.gua doa,tuhan tolong la bagi kerja yang macam gua nak.

abes belajar,gua mula-mula kerja kat shah alam.kilang buat leadframe.first kerja memang buat gua excited.tapi masuk minggu kedua gua tak hepi.gua rasa kerja kat tempat macam gini cuma tolong kapitalis yang datang buat duit kat malaysia.sebab cheap labour.lagipon dengan leadframe ni ape yang buleh buat gua tolong makcik-pakcik kat kampung tu? orang kokdiang bukan tau apa benda leadframe tu.

tapi satu hari doa gua termakbul.gua dapat offer yang susah untuk ditolak.ya,gua dapat kerja yang memang dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat,terutama golongan pesawah di kedah ni.

bila gua process hasil tuaian pesawah dan jadi end product untuk dibeli oleh pesawah gua puas.dari muka diorang bila beli beras.gua dapat satu feeling yang susah nak gua terang.itu belum lagi dengan penduduk sekeliling kilang gua.bahan buangan kilang gua,berebut diorang kutip untuk buat makanan ayam,itik.sangat seronok dapat tolong orang macam tu.

hari ini genap dua tahun gua kerja kat sini.dan gua masih seronok macam hari pertama gua bekerja.