Tuesday, April 20, 2010

jiwang tak patut

Tahun 1997, gua darjah enam masa tu.setiap hari pegi sekolah mak gua bagi RM1.50sen untuk sekolah pagi,50sen sekolah agama belah petang.tapi gua tak guna habis,gua simpan sikit-sikit.dalam otak gua nak beli satu benda yang tengah meletup-letup waktu tu.bukak tv ada,bukak radio lagi la.tambah-tambah segmen pilihan bersama radio muzik.perghh,lagu diorang setiap malam memang wajib ada.gua tengah cerita pasal KRU.

pelan-pelan gua simpan.bila dah cukup,lebih kurang RM16 gua teros pecut lepas sekolah pegi pekan kepala batas.dalam otak cuma satu tempat je gua nak pegi,kedai kaset nyonya sebelah kedai orang tikam sport toto.masuk kedai gua dah
nampak kaset krumania.tak pikir panjang gua capai kaset tu,teros pegi bayar.

sejak hari tu gua rasa,gua lah budak sekolah paling stailo.budak-budak lain semua bising cerita pasal power rangers putih dan merah,tapi gua tak layan semua tu.budak-budak sangat gua rasa,walaupon time tu gua belum akil baligh lagi.masa tu jugak gua ada syok dengan awek yang duduk sebelah gua dalam kelas.setiap masa,duduk sebelah dia gua nyanyi lagu 'janji tinggal janji' tak pon 'apa saja' konon ditujukan kepada awek tu.mak aih memang jiwang abis gua masa tu.penangan kaset KRU tu memang dahsyat.bukan setakat gua jadi jiwang tak patut, dalam karangan bahasa melayu pon gua ada selit lirik lagu KRU.

sebab jiwang berlebihan, gua rasa awek tu tak suka kat gua.gila apa darjah 6 nak paham jiwang-jiwang macam gitu.lepas gua masuk asrama,kaset tu tak tau ada kat mana.penat gua cari balik keliling rumah.jumaa
t hari tu masa lepak kat Mcd shah alam,gua teringat balik zaman sekolah rendah.sebab teringat gua download full album krumania tu.sampai hari ni gua dengar tak berenti.lepas ni kalau pegi karaoke gua nak test lagu KRU pulak.gua nak berduet-duet lagu 'janji tinggal janji'.'getaran jiwa' pon sweet kan? kihkihkih...


"korang memang buat gua jadi jiwang"

Monday, April 19, 2010

percutian kecut

sebagai menyahut cabaran makwe sweet di fesbuk itu hari,wikend lepas gua pegi main skytrex dekat Taman Pertanian Shah Alam.pantang dicabar,gua suruh tempah yang extreme trail,baru buleh gua rasa jadi macam john rambo sket.


nak pegi tempat skytrex tu,kena naik bus



sebelum naik bus, gua pekena stretching sepam dua lebih kurang.nak bagi otot-otot pejal dulu,baru stamina macam lembu buleh datang.


yang gua konpius,makwe sweet buleh rilek-rilek maen hanset.gua dah sound awal-awal,jadi apa-apa gua tak nak tanggung.

disebabkan tak buleh bawak camera,gua tak dapat nak tunjuk aksi-aksi gua jadi john rambo.tapi main skytrex ni bukan calang-calang.flying fox melampau tinggi, jalan gayut-gayut atas tali tak kire lagi.tapi paling celaka dia punya tangga.dah la licin buat dari pvc pipe,dia punya tinggi lagi lah.pancit jugak gua tengah tengah panjat.paling champion,gua punya peluh.baju yang gua pakai dah serupa macam kena rendam dalam air.

dah dua hari tapi tangan gua masih sakit,area ketiak gua rasa nak tercabut.belum badan gua yang telanggar batang pokok masa landing flying fox.kalo korang nak merasa sakit atau nak try jadi hero depan awek pegi la tempah online kat www.skytrex-adventure.com.ada bran?

Friday, April 16, 2010

gelak sampai nak berak

benda ni benda lama.
tapi tiap kali tengok,gua buleh gelak sampai nak terkeluar berak...




macam gampang kan?

Thursday, April 15, 2010

sambungan semalam

lepas subuh gua pekena tidur.dalam kol 8 pagi gua bangun perot terasa nak berak.abes berak gua angkat handset gua.
"ketapp,ketapp" gua ketik pad handset."bos,gua cuti rehat dua hari, hari ni dan ahad".pastu gua tekan send..
gua silent handset sambung tidur balik.
bangun tidur gua tengok ada mesej masuk kat skrin handset."ok" bos gua reply.
senang kan gua nak cuti.kihkihkih

Wednesday, April 14, 2010

salute



kepada kakak atas ni gua memang tabik.kalau artis nak kawen,akademi fantasia ke,atau apa apa event yang popular lain memang banyak kompeni berebut rebut nak taja.sampai juta juta ringgit untuk baju saja pon ada.tapi bila kakak ni buat benda baik,tak banyak nak tolong.dia tetap buat jugak.gua memang respek la kakak ni.nak tau cerita lebih lanjut korang baca kat sini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi tadi gua check lejer cuti tahunan.tahun ni punya cuti 20 hari langsung tak usik lagi.cuti tahun lepas pon ada lagi balance 8 hari.itu hari masa isi borang carry forward baki cuti tahunan,gua tulis "terlalu sibuk untuk bercuti" dekat ruangan alasan cuti tidak dihabiskan.dalam otak gua bajet bila HR tengok alasan macam gitu,markah untuk prestasi gua memang tip top kihkihkih.cuti 10 hari yang dicarry forward tu, gua kena habiskan sebelum bulan 6 ni.

jadi gua ingat nak cuti minggu ni.makwe sweet pon ada ajak pegi skywalk ape benda ntah kat shah alam tu sabtu ni.dengan camera pon dah ada, gua nak try jadi macam budak budak KL, gantung DSLR kat tengkok sambil jalan jalan dekat dalam town.stailo kan? hahaha.


dari hari ahad haritu gua dah blaja sikit sikit pakai camera tuh.gua memang start dari zero dengan camera ni.jadi gua nak letak 2-3 gambar yang gua snap dari meja opis.nanti bila dah terer buleh gua buat gambar sebelum gua terer dan selepas terer,alaa macam iklan jus mate Dr Rozmey.kihkihkih