Wednesday, March 17, 2010

kelas agama

macam biasa, setiap hari selasa malam surau kat taman gua ade kelas ngaji tentang usuluddin.malam tadi masuk bab nabi nabi dan rasul.ada beberapa point yang ustaz tu bagitau yang gua baru tau.

1.jumlah sebenar nabi dan rasul tidak diketahui.yang disebut dalam Alquran cuma 25orang.
2.rasulullah saw,tidak boleh disamakan dan dibandingkan dengan manusia.ini kerana,dalam kalimah syahadah terdapat nama baginda.jadi maqam rasul jauh lebih tinggi dari sekalian makhluk.ustaz tu cakap,"maka celakalah mana-mana manusia yang membandingkan rasulullah dengan manusia lain".Sebagai contoh Micheal H. Hart ada tulis dalam buku dia.

dekat hujung kelas,ustaz ni pulak cerita macam mana nabi dilahirkan.rupa-rupanya masa Aminah melahirkan rasulullah, baginda dilahirkan secara berdiri.dan bila dahi rasul mencecah bumi, Muhammad terus mengucapkan "Alhamdullilah".

bila balik rumah gua ada terfikir,hebat jugak orang arab dulu.zaman tu gua rasa Isaac Newton tak hidup lagi.macam mana orang arab dulu dah boleh terfikir pasal aplikasi tarikan graviti? Bila datang pengaruh barat,hospital suruh baring ketika bersalin.gua rasa takde hospital yang buat bersalin berdiri sekarang ni.Gua fikir,dalam keadaan baring cuma nak menyenangkan kerja-kerja doktor nak menyambut baby.Design jamban, takde pon orang barat nak buat jamban stail baring.

Gua ingat kalo dapat jadi menteri kesihatan,gua nak ubah stail beranak.mesti geng ibu-ibu sokong gua.

Tuesday, March 16, 2010

azab asrama

malam tu budak budak form 1 dorm A-3-2 lepas prep teros naik dorm.tak pegi ambik air milo cair dengan biskut lemau kat DM macam malam malam biasa.malam tu kami rasa tak sedap hati nak tido.sebab malam semalam,ada budak dorm A-3-6 kena panggil pegi dorm senior kol2-3pagi.

tapi sebelum tido,pijan ada idea baek."takpa,kita tukaq katil.nanti depa tak boleh cari kita"kata pijan."cantek" semua angguk setuju.kami tukar-tukar tempat tido.malam tu,doa tido kami bukan maen panjang.sampai terlelap berdoa elak musibah.

tiba-tiba,gua rasa ada orang kejut."yet,yet bangun.senior panggey pi dorm depa"gua tengah mamai gua cam tu suara pijan."celaka betoi,aku baru nak tidoq tadi depa panggey.aku dah kena,depa suroh panggey hang pulak" cerita pijan,sambil jalan turun pegi dorm senior. time tu gua punye kecut perot jangan cerita.feel takut tu,rasa nak lari balik rumah je time tu jugak.dorm senior gelap pekat.nak intai tak nampak apa,yang gua dengar bum-bang-bum-bang orang tumbuk loker.

"hang masuk dulu jan"gua tolak dia.elok pijan masuk,gua folo belakang.elok gua langkah masuk,sorang senior rapat kat gua."hang masuk bagi salam dak?" brader tu tanya gua.gua tengah kecut takut dan tak berapa nak dengar jawab "haaa??" "Pppppaanngg" gua kena penampar.terkejut gua,teros segar macam muka kena simbah air panas."hang masuk bagi salam dak?" gua tak berani nak tipu jawab "dak bang" "Ppppaaannggg" sekali lagi gua kena penampar.

"dah pi masuk dok tepi katil tu" brader tu cakap sambil belah.
dalam hati gua carut-carut brader tu.celaka betol,tak bagi salam pon kena penampar.itula first time gua kena raging dengan senior.lepas ni banyak lagi gua nak cerita pasal kena raging
.

Sunday, March 14, 2010

walimatul urus

minggu ni cuti sekolah dah mula.musim cuti sekolah jugak adalah musim kenduri kawen.sebagai sebuah kompeni yang mengamalkan dasar csr (tak tau csr tu ape, google sendiri) yang tinggi,banyak jemputan kenduri pelanggan yang perlu kami pegi.hari ni saje tak silap ada 5-6 pelanggan yang buat kenduri.

paling magik kat kedah ni, kenduri kawen buleh dibuat setiap hari.hari kerja atau tidak, selamber diorang buat kenduri.bagi jenis bujang macam gua, minggu ni sangat sep tak patut.makan pree je setiap hari sepanjang minggu.nak lagi sep dan keji, kadang-kadang bila gua tak ade note seringgit,gua tak salam jenis selit duit dalam tangan.lantak le, setengah tu gua tak kenal pon tuan rumah kenduri hahaha.tadi masa punch card masuk kerja dah ada orang panggil kenduri.



menjemput kenduri sangat mudah disini




Thursday, March 11, 2010

who need ronaldo?



1. real madrid takde striker yang sanggup maen out of position semata-mata nak bagi mamat ni maen kat atas tunggu bola. (player macam rooney)

2.real madrid takde player yang sanggup track back position mamat ni yang tak suka nak kejar balik bila bola terlepas. (player macam ji sung park,darren fletcher)

nak beli mamat ni, kena ada pakej sekali.tak percaya? tengok jela game man utd pagi tadi.hahaha


team orang tua-tua ni maen ape gua pon tak tau..

game pagi tadi, gua malas nak sembang.milan maen malu-malu alah sangat.lawan wolves aritu lagi susah nak menang.


Wednesday, March 10, 2010

profit and lost (P&L)

(P&L) - other income = sales - cost of production


net cost of production = cost of production - processing fees - sales by product


cost of production = total processing and overhead cost + total purchase cost


total processing and overhead cost = overhead cost + processing cost


processing cost = operational cost + packaging cost + other operational cost


arini gua sehari suntuk pikir cara nak bagi kilang untung banyak.otak gua otak engineer, bukan otak business.pening gua.

dem btol..