Tuesday, March 9, 2010

brother love

masa drive nak pegi keje tadi gua terbukak radio Xfm.Channel ni gua tak brape nak suka,sebabnye bahasa diorang, cara cakap diorang lebih kepada budak-budak dressing mat shuffle dan dengar lagu budak budak keluar AF.

masa tune radio tu tengah segmen brader love.ada mamat sorang ni telefon brader love suruh setel kes awek dia tak call dan sms, dan diorang masing-masing duduk jauh.masa brader love setel problem diorang ni, mamat ni merengek-rengek kata sayang awek ni, rindu, risau..

perghhh,naik geli gua dengar.benda-benda macam ni pon nak setel kat national radio ke?

loser btol.

Monday, March 8, 2010

invictus



wikend aritu layan movie invictus.cerita yang sangat bagus,sangat memberi inspirasi.betul apa orang puteh cakap 'sports can unite people'.masa afrika selatan tengah tense dengan isu apartheid, rasis dan pecah belah. kesungguhan nelson mandela nak tengok afrika selatan menang world cup, secara tak langsung dapat selesaikan masalah terbesar negara tersebut.tengah meeting pon dia boleh lari tengok live game.gua paling suka satu ayat dari mandela "the day I am afraid to do is the day I am no longer fit to lead"..

tapi gua terperasan cerita ni ada yang tak berapa nak kena sikit..
1. masa team tengah jogging sebelum final, ada Hyundai Getz atas jalan.cerita ni tahun 1995, kereta tu tak keluar lagi.
2. gua tengok player rugby pakai boot Nike Tiempo yang tahun 2006 keatas. padahal scene tahun 1995.

macam mana pon, cerita ni memang sedap.bila cerita sedap gua memang fokus tengok.


Wednesday, March 3, 2010

hepi besday


hari ini gua baru tahu..
lagu "happy birthday" yang selalu kita nyanyi adalah sebuah lagu yang registered..
diregister bawah company Warner/Chappell

kepada makwe sweet,
gua tak boleh nak nyanyi.nanti kena bayar.hahaha



happy besday..renunglah hari tua kamu hahaha

angsa pon sensitip dengan kaler merah

"jom pi sekarang" gua tak ingat siapa yang mengajak.tapi matlamat cuma satu, nak pegi kutip bijik getah.lepas kutip boleh gosok atas tanah.geng geng champion cakap,kalo gosok sampai bijik jadi kaler merah, baru bijik getah tu kuat.memang senang nak jadi champion.

"okeh,sat aku pi amek beskat"jerit gua sambil lari pegi amek basikal sport kaler merah.basikal gua jenis kecik yang boleh letak roda kat tepi.tayar pulak jenis tayar getah mati.sampai kebun getah dalam kampung operasi mencari mula.tak sampai setengah jam,penoh satu plastik masing-masing.semua pakat tak sabar nak pegi gosok atas tanah.

"jom,jom weh..kita lalu short cut ikut rumah tok cik" semua berterabur pecut.disebabkan basikal gua kecik,gua paling belakang.sampai kat pagar tok cik,gua sorang2.steady je gua kayuh sambil melintas laman berumput rumah tok cik.tepi laman ada angsa angsa tengah menyudu tanah.tiba tiba,gua rasa lain macam bunyi angsa-angsa tu.

gua kalih tengok angsa tu,tiba tiba menderu diorang datang serang gua.gua try pecut,tapi tayar mati memang berat bila jalan atas rumput.basikal jadi jem dan tak boleh bergerak."ppapp,ppaapp"angsa angsa tu tibai paha gua.berterabur biji-biji getah,meraung gua menagis atas basikal.ada dekat 5minit gua meraung, baru ada orang nak tolong.dia punya sakit,kalah semut api gigit.

abes angsa kena halau,jiran tu teman hantar gua balik. sejak hari tu,gua dengan angsa memang tak berapa nak ngam.

Monday, March 1, 2010

worthless cup



bagi sesetengah kelab, carling cup bukan sebuah piala yang perlu dikejar.carling cup dipandang sepi.bila game hantar budak budak yang tak abes sekolah main.tapi tidak man utd, carling cup memberi jasa yang sangat besar.

carling cup memberi semangat kepada pemain pemain muda. tahun 2006, selepas terkeluar dari CL, tempat ketiga dalam liga (berbelas mata kena tinggal dengan chelsea)l.tetapi disebabkan final carling cup 2006, mena
ng 4-0 keatas wigan telah memberi 'taste of glory' kata orang puteh kepada pemain seperti rooney,ronaldo,evra dan yang lain.

"as soon as I have won something, I have wanted more. Winning is a great feeling but the desire to achieve extra is the thing that drives you on.” kata carrick.

itulah mindset bila berada dalam sebuah pasukan yang berjaya dan bersih dengan gejala seks rambang.



"gua bukan champion kongkek" kata rooney dalam hati

------------------------------------------------------------------------------------------------


bersahaja je dia ni buat muka tak bersalah

pompuan atas ni gua rasa peminat chelsea.bangang punye pompuan.putar alam.
menteri pulak, nak buat kesian.